11 Mei 2010

Tom Yam Koong


Aku memang 'gile' masakan Thailand ni... jadi semalam aku mencuba buat tomyam koong atau lebih dikenali sebagai tom yam masam manis pedas. Buat pertama kali membuatnya, tidak menghampakan juga... aku suke rasanya.... ni kalau letak santan, wallah...sebijik macam makan tomyam di Chiangmai Restoren!! Tekak aku la rasa...tak tau le takak orang....tekak lain2 ni, macam-macam la komplennyer kan...nak sedap, masak la sendiri.... sedap tak sedap, puji sendiri..haha

Semalam rasa dah kenyang nak makan nasi...jadi hirup je tomyam ni....lagipun aku dah minum Rx-Lite. Selera nak makan tu macam kurang sikit. Kena pulak pukul 4 petang dah makan nasi berlaukkan ikan keli masak pedas en. Asben aku beli... sebu dah perut aku.... selera nak menghirup tomyam ni membuak-buka lah...jadi itu la makanan aku petang ni....

Alih-alih malam ni nak menghirup lagi, udah tinggal kuah je.... En. Asben dan anak aku si Izzaty dah habiskan saki baki isinya yang ada....kuah pun kuah lah...slurppp!!


Resepi:

Tom Yam Koong
*agak2 ye bahannya korang nak guna byk mana....

Pes Tom Yam
bawang merah*
bawang putih*
sedikit ikan bilis*
cabai kering*
*bahan ni korang tumbuk lumat-lumat

Panaskan minyak, goreng bahan di atas sehingga garing. Letakkan sedikit sos ikan. Tutup api.


Bahan Kuah:
Udang
Ayam
Sayuran yang korang suka
Sedikit lengkuas
Daun limau purut
Serai
Air secukupnya
daun ketumbar
Garam


Cara:
Rebus air dan masukkan bahan untuk kuah tadi... setelah mendidih campurkan bahan pes. Masukkan garam dan bahan perisa....rasakan....tutup api , masukkan daun ketumbar & dah boleh dihidangkan.


Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..