Pages

11 Julai 2019

Abah & Mak menunaikan haji 1440H/2019 (12 Julai 2019-Jumaat)










Hari Rabu petang saya fly ke KLIA untuk ke rumah adik di Jenjarom. Emak dan abah akan berangkat ke Mekah menunaikan haji pada hari Jumaat (12 Julai 2019).

Sekian lama menabung hasil bekerja kampung, pada usia ini baru ada rezeki mendapat panggilan dari Allah SWT. Alhamdulillah. Kalau ikutkan boleh je kami tolong buatkan rayuan, tapi abah mak tak nak. Biar Allah yang tentukan. Ada rezeki, ada lah. Tak ada, tak apa.

Minggu lepas abah ada buat kenduri doa selamat di kampung. Sebab saya duduk jauh, tak dapat balik. Untuk hantar ke airport ni saya boleh pergi. Cuma datang seorang. Anak semua sekolah. Ada percubaan UPSR lagi untuk Izzaty.

Saja suruh abah datang awal ke rumah adik. Senang nak cari kot ada apa lagi barang tak cukup. Lagi pon kalau duduk rumah kat kampung tu, tak duduk berehat la orang tua tu. Tak cukup tidur! Ada je nak fikir itu ini risau nak tinggalkan rumah. Kemas itu ini. Dah la tak sihat mana.

Bila di rumah adik, nampak la dia tidur lena. Dah tak ingat apa. Fokus ke Mekah saja lagi.

Sejak kebelakangan ni, abah dah tak berapa sihat berbanding 5 tahun dulu. Tak sangka jugak. Ingat dulu mak yang tak larat. Rupanya abah sakit dulu. Puncanya dia pergi kebun. Tiba2 'meletup' belakang dia. Terus sakit tak boleh bangun. Mujur ada pakcik dekat kampung boleh urutkan. Tapi dah berusia ni, nak pulih tu tak dapat lah. Ke hospital buat x-tray pon doktor cakap sakit urat. Lepas dari tu, kesihatan makin merosot. Makan tak lalu. Usus pon semakin kurang berfungsi. Kami dah suruh jaga makan. Makan yang sihat-sihat. Manis-manis dah tak boleh makan. Semakin kurus abah.

Masa Haji Perdana di Ipoh tempohari pon mak cerita, abah demam. Tapi tak nak cakap. Biasa la abah kan. Nak nampak kuat. Tahu-tahu badannya panas. Jalan jauh. Sampai satu ketika abah ajak mak duduk tepi jalan nak berehat. Mak rasa badan abah makin panas. Mujur ada sepupu yang sama sekali akan menunaikan Haji datang tengok. Tolong panggilkan petugas. Bertolak juga guna kerusi roda. Mak macam biasa, risau.

Mak sekarang jauh lebih sihat dari dulu. Sejak amalkan 'eat clean' dan selalu berpuasa sunat. Juga 'cut off' terus gula. Memang sihat sangat. Semua penyakit dulu dia ada (3 serangkai) bacaan dah normal. Dah tak obess. BMI pon cantik. Dia la buat semua untuk abah.

Di rumah adik, hari Khamis semua adik beradik duduk berdekatan datang. Baca Yassin & Tahlil untuk abah mak. Ya, adik beradik saya semua di Selangor. Saya sorang je masih sesat di Kelantan. Hampir 20 tahun. Dah bosan. Rasa nak balik dah. Tapi belum ada rezeki lagi......

2 malam ni dapat tidur dengan mak abah. Seronoknya. Walaupon umur dah 40 tahun. Selamanya tetap anak abah. Mak yang cakap. Dulu anak perempuan seorang sebelum dapat adik bongsu tu. Saya tetap rasa macam masih kecik je.

Berkumpul adik beradik memang seronok. Kalau saya duduk dekat, memang wajib buat makan-makan tiap minggukan. Tapi apa daya. Rezeki tu belum ada. Dapat pindah esok beli tanah, buat rumaj

#haji1440
#makabah

1 ulasan:

  1. moga mak abah sis selamat pergi & kembali ke tanahair.
    mendpt haji yg mabrur.
    yes. meskipun kita da 40-an, dpt tidur sebumbung dgn mak abah, terasa sgt indah.
    emak abah baru je balik KL selepas hampir 12 hari tido rumah aida.
    they all balik, aduh, sunyi rumah ni!

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..