Pages

28 Ogos 2019

Siakap Stim Asam Boi cara Fizan Nazira

Masak untuk Tok Haji makan tengahari Siakap Stim Asam Boi. Minta buatkan kuah banjir. Senang nak buat kuah nasi.

Nah resepi cara Fizan Nazira masak. Nak #share, nak simpan, nak tiru silakan. Tekan butang SHARE lagi bagus.

๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฆ๐˜๐—ถ๐—บ ๐—”๐˜€๐—ฎ๐—บ ๐—•๐—ผ๐—ถ (Fizan Nazira)

• Seekor Ikan Siakap
• 1 labu bawang putih tumbuk kasar
• 2 inci halia racik halus
• 2 batang serai potong menyerong nipis
• 4 biji asam boi putih
• 3 helai daun limau purut
• setangkai daun ketumbar
• air limau nipis
• sos sotong/ikan/nampla
• gula
• 2 sudu minyak masak
• sedikit air

Cara-caranya :
1) kukus ikan siakap sehingga masak. Ketepikan.
2) tumis bawang putih sehingga naik bau, terus  masukkan air. 
3) masukkan halia, serai, akar ketumbar dan asam boi. Biar mendidih. Masukkan daun limau purut.
4) masukkan air limau nipis, sos nampla dan gula. Korang rasakan. Mana kurang tambah sampai dapat rasa lazat ikut tekak masing-masing.
5) nak pedas boleh ketuk cili api banyak mana, masukkan waktu ni.
6) tutup api dan curahkan atas ikan Siakap kukus tadi.
7) hias dengan daun ketumbar. Siap!

Selamat mencuba.
______
Fizan Nazira
Dapur Nazira's

LIKE , #share dan TAG posting ini ya.

Jangan lupa FOLOW Fizan Nazira dan set SEE FIRST.


27 Ogos 2019

Kengsom Siakap Baby Nenas

3 langkah mudah masak Kengsom Siakap Baby Nenas.

Masakan masyarakat Siam yang sedap dimakan dan juga dihirup kuahnya. Cukup rasa masam, manis, pedas.

Ini resepi mudah cara Fizan Nazira.

๐™†๐™š๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™ค๐™ข ๐™Ž๐™ž๐™–๐™ ๐™–๐™ฅ ๐˜ฝ๐™–๐™—๐™ฎ ๐™‰๐™š๐™ฃ๐™–๐™จ (Fizan Nazira)

Bahan-bahannya :
• 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
• setengah biji baby nenas potong kecil
• setengah ikat kangkong.
• 2 batang serai.
• air limau nipis
• garam/gula
• air secukupnya

Bahan kisar :
• 1 biji bawang besar
•  beberapa ulas bawang putih
• cili merah
• cili padi kalau nak pedas.
• 1 inci belacan
• 1 inci kunyit hidup

Cara :
1) masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama air secukupnya dan serai. Renih hingga mendidih.
2) masukkan baby nenas, biarkan seketika. Bila mendidih masukkan ikan siakap.
2) masukkan garam gula dan air limua nipis. Rasakan. Jika dah cukup sedap boleh masukkan kangkung. Gaul rata. Tutup api
3) sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.
______
Fizan Nazira
Dapur Nazira's

LIKE , #share dan TAG posting ini ya.

Jangan lupa FOLOW Fizan Nazira dan set SEE FIRST.

5 Ogos 2019

Geng Piloxing Makan Ikan Bekok di Geting