Pages

31 Ogos 2010

Biskut Badam Rangup


Biskut Badam ni sangat sedap! Terasa sangat hancuran badan di dalam adunan ketika makan. Sebenarnya, hiasannya perlulah badam kisar...hehe memandangkan aku tak ada stok, guna saja coklat urai....

Menguli 2x doh, malam tadi terasa panas berbahang...sakit pulak kepala... Jam 2.00 pagi baru selesai semua... dapat 1 1/2 balang besar... nampaknya kena uli 2x doh lagi..untuk cukupkan 3 balang.... Resepi dari Encik Mat.



BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega
100 g gula aising *aku kurangkan 80g, baru sedap....tak muak!
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur *aku campur 1 sudu besar Fresh Milk.
Badam cincang secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..