Pages

29 Ogos 2010

Biskut Dahlia



Biskut Dahlia atau semperit.... biskut wajib di buat dan di makan setibanya hari raya... dari pagi aku bakar ni.... niat memang nak buat banyak tahun ni... biasa 1 adunan je buat... bahagi-bahagi ler kami 3 keluarga... Kali ni buat banyak.... terus 3 kali mengadun..... sakit belikat ni!

Dapat 3 bekas besar terus. Satu nak bagi mak...satu bagi mertua..satu bekas simpan di rumah...nanti balik cuti, anak-anak mesti ada jamuan raya kan.... sian la anak dara ku..takkan tak bawa apa pulak...spare la sikit kat rumah.... nak bagi staff En.Daddy lagi macam biasa.... ;)


Resepi Biskut Dahlia

225 mentega/majerin
110 gula halus
1 biji kuning telur
1/2 sudu esen vanila
40g tepung jagung
120g tepung kastard
170g tepung gandum/rose

ceri merah/hijau @ manik gula sebagai hiasan

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga hancur dan sebati.

Ayak tepung jagung,kastad dan gandum. Kemudian ulikan bersama mentega dan gula tadi....

Kalau doh melekit, tambahkan sikit tepung jagung...

Picit doh bentuk bunga dan hiaskan bersama ceri/hiasan lain... Bakar pada suhu 180C selama 20minit atau kekuningan.

Picit guna acuan bentuk bintang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..