Pages

17 September 2010

Nasi Minyak

Menu masakan tengahari hari Jumaat, 17 September 2010. Nasi minyak dengan lauk masak rendang ayam dan acar mentah. Ok lah untuk keluarga kecil kami....



Resepi Nasi Minyak

500g beras basmathi. rendam 20 minit dan toskan
2 sudu besar minyak sapi
1 pokok ketumbar, kerat kasar2
1 biji bawang besar, hiris halus
2 inci halia, di titik
3 ulas bawang putih, di titik
2 helai daum pandan, di simpul
700ml stok ayam. (kalau tak ada, 700ml + 1 kiub ayam)
300ml susu cair
garam secukup rasa

1 batang kayu manis *
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih * (* rempah tumis)
1/2 cawan kismis

BAHAN HIAS:
hirisan daun bawang/sup
bawang goreng
kacang pis
kacang gajus


CARA MASAK:
  1. panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan. Tumis hingga harum. Masukkan beras dan goreng sebentar. Matikan api. Tuangkan beras ke dalam pariuk nasi elektrik.
  2. Tambah susu cair, daun ketumbar dan stok ayam. Masukkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dn biar betul2 tanak. Gemburkan nasi memadai 2,3 kali saja. Takut nanti nasi patah.
  3. Hias dan tabur dgn bahan hiasan.

Enak di makan bersama lauk2 pauk yang lain juga.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..