10 April 2011
Mawar Kampung Kebanggaan ku..
Antara pokok berbunga di taman aku.. antara paling lasak adalah bunga rose (mawar) kampung ini. Ya! Memang pokok rose kampung adalah paling senang nak jaga..paling tak manja dan paling tahan lasak. Kena gaya, setiap masa akan sentiasa berbunga berbanding bunga rose beli di Cameron Highland. Dulu, aku ada banyak bunga rose. Macam-macam jenis warna. Tapi semua dah mati akibat penyakit hama pokok. Sekali berjangkit, habis semua berjangkit. Tapi tak si mawar kampung ni. Lagipun baunya lebih harum!
Pohon mawar ni aku beli di nursery pada harga RM10-RM12 tak ingat dah. masa tu kecil lagi.. tanam pun tak susah mana, letak saja dalam pasu. Setiap kali berbunga, cantas saja batang tempat kudup tu. Nanti akan berbunga lagi..
Sejak 1 tahun yang lalu, jarang berbaja pokok bunga ni. Jiran sebelah renovate rumah, bersepah sampai ke rumah kami..jadi semua pasu kami pun lintang pukang. Aku pun malas nak membelek. Nasib baik tidak mati.. Jadi baru-baru ni di belai semula.. Syukur tidak merajuk ia...
Akan ada kudup lain mengeluarkan rupa..nanti aku ambil gambar lagi sebagai kenangan hayatnya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..