Pages

27 Oktober 2011

Chim Chum di Food Village, Jln Pengkalan Chepa

Lama x makan Chim chum. Malam tadi pergi ke restoren yang Pernah keluar tv3 Jalan Jalan Cari Makan..

Lokasi terletak di Jalan Pengkalan Chepa. Restoren ni baru renovate. Nampak sedikit luas tempatnya. Maklumlah, sentiasa penuh dengan pengunjung di sini seawal jam 5.00 petang lagi.

Jika musim cuti, hari minggu atau bulan puasa memang kena booking dulu lah baru dapat meja. Kalau tidak, sama ada 'lucky' saja lah jika datang secara 'berani' ke sini.

Makanan ala seafood (merebus) dan grill di atas plate mcm korean style. Berbaloi makan di sini.. boleh makan banyak mana pun, pada satu harga (dewasa & kanak-kanak).

Sup dia berbeza dari tempat lain. Ada rempah-rempah... kalau demam/pening/tak sihat..minum sup dia boleh lah berpeluh badan....

Jika saudara mara datang, nak belanja makan, elok juga bawak ke sini.. jimat :)


Sebahagian dish yang saya ambil...


moi atau nasi air di sini... boleh cedok sendiri & letak la apa nak letak. Ada macam-macam lagi.. laksam, laksa, meehun/mee/koe tiaw sup, som tam, bubur caca.. uih tak termakan la semua.. tengok aje sudah kenyang.



Sos manis. Ada juga sos pedas... tapi sos manis la sedap....


Sirap lah paling sedap di minum kalau makan banyak macam ni kan....


lagi.....


ok, bawah plate tu ada bara api. Di tengah-tengah atas tu adalah lemak ayam bertujuan untuk mengalirkan minyak di atas plate sebelum membakar. Di ruangan lekuk tu boleh tuang sup yang mereka bekalkan di dalam cerek kecil.

Sambil merebus, ambil supnya...hirupppp....



Hidangan 5 orang. Ambil mana yang rasa suka di makan...



Jemput makan....

4 ulasan:

  1. terliur.. bape harga makan sini fizan? bila la nak gi kb lagi ni...

    BalasPadam
  2. ya betul, tgk pun dah terliur dah nih

    BalasPadam
  3. rasa mcam Rm18 gitu utk dewasa..kanak2 murah sket...tp boleh makan sampai pensan kat situ ye..haha mampu???? tp mmg berbaloiiii....

    BalasPadam
  4. Dapur CHIM CHUM (BBQ Stoves) trend terbaru dengan teknik masakan '2 in 1' iaitu stimboat dan memanggang.


    Dengan ruang BBQ ditengah dan ruang merebus ditepi keliling.
    Ia juga sesuai untuk kegunaan restoran, hotel,resort, camping dan sebagainya, sesuai bagi mereka yang ingin mencuba menu baru.

    Terdapat 3 pilihan saiz -
    Saiz S (30cm) - RM 70.00
    Saiz M (35cm) - RM 90.00
    Saiz L (40m) - RM 120.00

    **Untuk borong harga boleh runding.
    **Harga tidak termasuk kos penghantaran.
    **Penghantaran melalui poslaju 'Door to Door' dan Checkpoint di sekitar IKEA Mutiara Damansara dan Kuala Lumpur.
    **Penghantaran setiap hari Sabtu Dan Ahad sahaja.

    HANYA DI http://periukchimchum.blogspot.com/

    SILA HUBUNGI @ SMS 012-9796015 EN. MUHAMAD

    SELAMAT BERMAIN MASAK-MASAK DENGAN PERIUK CHIMCHUM....

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..