Pages

29 Oktober 2011

Jom HEBOH, Kota Bharu


Semalam sempat singgah sekejap selepas habis kelas tuisyen Aleeya & Zulaika. Seperti yang dijangka & diduga, jalan jem teruk. Parking susah nak dapat. Last, setelah terhenggot henggot kereta jalan macam kura-kura, kami dapat parking depan padang yang becak di depan Wisma MPKB.

Cuaca baik ye hari ni... cerah tak berapa cerah... panas berbahang tetap ada...

Nak jalan-jalan cuci mata kat tepi-tepi je kerana terlalu ramai lah orang di sini. Padat!!!

Booth paling banyak buat sampah adalah booth MEGGI ye... mereka ada buat makan free meggi. Yang hampeh, orang yang makan tu pun dah la makan FREE, tak pandai pandai ke buang sampah ke tong sampah yang di sediakan??! Mereka buang di dalam longkang! Tinggal je kat situ bekas kertas tu lepas makan. Bersepah-sepah! Tak tahu nak cakap, baik tua..baik muda... moral tak ada langsung! Memang tak suka. Sakit mata ku!!

Nak beli jajan yang 1 beg = RM10 pun, suami beli sikit je... rasa banyak syarikat tak joint macam dulu-dulu... tak banyak pun booth jualan yang joint macam dulu-dulu... tp sambutan penduduk tetap mentain. Meriah!

Nak jengah booth ada artis pun letih la.. tak larat tengok artis...menyerbu orang. Sanggup ek dorang semata nak tengok arits..haha adalah artis suam-suam kuku, tp orang tak kenal. Artis drama mana ntah...



Layan benda ni lah untuk anak-anak. 15 minit RM2.00
Berapa lama la sangat 15 minit tu... tak puas budak-budak ni main.. sementara cuaca tak hujan kan. KAlau dah hujan, mmg bungkus lah. Licin.
Dorang kata seronok main benda angin ni. Melompat-lompat..berpeluh-peluh.. budak-budak mestilah seronok ye.... Izzaty tak puas hati sebab main sekejap...

Perjalanan nak ke depan stadium balik, hujan rintik-rintik. Aiyoo cemas juga kalau hujan lebat. Bawa budak-budak ni.. kesian lah. Mujur hujan sekejap... Tak larat nak jalan dah.. Booth TV3 ke, apa ke tak nampak pun..ke tak pandai cari... terus balik je....

FENSAN KELETIHAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..