Pages

13 Disember 2011

Deko deko bersama PML antik ku..

Barang lama jangan dibuang. Boleh di deko luar dan dalam rumah.. Boleh digunapakai lagi.. Boleh dijadikan hiasan..


Ok layannnn gambar!!

Aku juga sudah gantung yang mana pinggan tak cukup adik beradik ke atas dinding dapur. Jenuh jugak aku panjat tangga dan drill dinding tu. Tinggi ya!! lagi ada sinki kat situ kacau jek aku nak drill pun gayat. Nampak la seri sikit dapur aku tu.. Kalau tak, dah la semak, plain aje.. Semak sbb tak ada kabinet lagi pun. Semua pakai letak atas lantai aje. Nk buat cemana, kami tak mampu lagi..
Ini aku nak tunjuk, teko bunga padi yang aku baru dapat. Bukan hunting sendiri ek.. aku beli online. Kalau dah nama beli online, korang kena paham, harga memang gila vavas sket lah... eh, tak ler vavas sangat, sebab aku beli teko ni tak de tutup. Aku pakai je tutup teko mana yang ada kat rumah aku sebab nk posing kan, so ini ler rupanya. Aku suka!! cantik!!! Keadaan baru lagi. Tak ada daki dalam dia.. aku dah cuci bersih... esok tunggu cawan dia lagi 5 bijik sampai.. dah boleh guna... Cawan yang ada ni, aku hunting sendiri. Siap dengan lapik aku dapat.. tp cawan... ermmm ini je yang ada.... itu lah, kalau hunting, dpt yg senang2 mcm cawan... tapi teko, memang susah la nak dapat.....

Antaranya aku sudah drill piring cawan sampai mengigil tangan tahu sebab buat dengan sangat berhemah selama 30min takut pecah berderai piringnya.. Aku paku atas kayu letak di garden aku yang tak berapa nan hadoo tu. Patut ada cawan, tp cawan lain kali la.. letih nak drill tu.. sampai gigil tangan tak henti2... gigil sebab drill tu la...berat! aku nak kena ampu lagi supaya piring tu berlubang elok tak pecah.. Patut ada alat khas, tp alat mata drill pun tak reti nk bukak... aku pakai je mata yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..