Assalamualaikum..
Air Sungai Kelantan sudah melimpah! Di pantai barat pasti panas terik ya, kami di sini sejak berbulan dulu masih hujan tanpa henti... Semalam pergi kota bharu, menyaksikan air sungai sangat ngeri!!
Jalan utama yang selalu aku lalu ambil dan hantar anak sekolah sudah ditutup kerana air sudah naik.. Pagi tadi kalut la gi sana sini cari jalan nak buat U Turn.. Akhirnya pakai saja jalan besar.. Apa nak buat.. Sudah terdesak!
Petang tadi cuaca agak baik. Namun hujan tetap turun sekejap di kala mentari petang menyinari cahayanya.. Maka, terbentuklah pelangi. Bukan satu, tetapi dua!
Lama tak tengok pelangi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..