Pages

1 Januari 2012

Muzium Negeri Kuala Terengganu 1.1.2012


Assalamualaikum. HAPPY NEW YEAR!!!
Hari pertama tahun baru 2012, kami sekeluarga ke Kuala Terengganu lagi.. hihi Rasa nak demam dah ni.. seminggu je, 2 kali pergi Terengganu.. haha Cuaca sepanjang jalan hujan! Ada beberapa lokasi sudah pun banjir akibat limpahan air sungai dan juga kawasan yang tak ada longkang.. huuu 

Cuaca sejuk semenjak beberapa bulan ni, di tambah dengan travel sana sini (Kedah,Perak,Pahang,Penang,Terengganu) membuatkan selsema aku tak baik-baik pun. Oh!! tambahan aku yang suka berhujan berembun melawat pokok ros di laman tak kira waktu.. huuuu

Sebenarnya, aku teman suami ada urusan hobi dia di Kuala Terengganu ni. Sempat juga bertemu rakan baik suami masa study di UPM dan rakan sekerja sekejap bersama dia dulu di situ. Dia dah mengajar di Terengganu sekarang.

Lepas tu, kami berlibur ke Muzium Negeri selepas kehadiran kami pertama kali.. kami tak sempat nk masuk ke dalam Muzium. Hanya melawat sekitar luar Muzium menaiki Trem (keretapi kecil tu...)

Memandangkan tak boleh ambil gambar di dalam Muzium, meh tengok gambar bangunan Muzium yang cantik sangat!! Muzium tercantik dan terbesar aku rasa di Malaysia ni kan... tp pada aku, memang lawa gile...

Muzium yang sangat tinggi. Ada beberapa blok. Ada 3 tingkat. Lanskap luar dalam sangat cantik, kemas dan bersih!
Zulaika Ardini mood sangat baik. Suruh aku ambil gambar dia di tangga
depan pintu masuk
Pelan Lokasi Muzium. Luar dalam cantik. Kat luar
aje ada macam-macam benda boleh tengok.
Kesenian Melayu bersemadi di situ. Unik dan mengagumkan!
My Three Angry Bird's! XOXO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..