Assalamualaikum. Bersiaran pada tahun 2019. Alhamdulillah Ramadan 1440H sudah selesai dan Aidilfitri di sambut pada minggu lepas.
Seperti biasa kami sekeluarga bercuti selama seminggu dan balik kampung dua-dua laki bini lah. Baru adil. Giliran tahun ni beraya di Pahang dulu.
Tema baju rona biru. Baju dah siap dari tahun lepas lagi. Jadi tahun ni santai sikit Ramadan. Siap boleh buat biskut awal.
Lepas puasa minggu ke-2 baru jahit baju anak-anak.
Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin buat semua. Kot ada lagi yang masih surve blog kan.
Tema baju warna biru |
Di Pahang. Selepas bersalaman pergi ziarah jiran tetangga. |
Mak dan Abah saya. Doakan mereka sentiasa sihat. Sudah semakin berusia. Rasa nak balik kampung duduk sama je sekarang ni. |
Beraya di Perak. Pergi ziaran rumah mak-mak saudara dan ke rumah adik Ipar sekitar Slim River & Sungkai. |
Adik bongsu saya. Sudah 20 tahun umur dia. Huuu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..