Pages

28 Jun 2019

Kek Marbel Seksi


Kek marble ni senang je buatnya. Rajin atau malas je. Haritu dah buat, tapi kurang gebu. Silapnya gelojoh guna butter baru keluar dari peti.



Resepi ni saya kurangkan gulanya. Lidah dah tak tahan manis leting. Rasa muak. Jadi saya kurangkan, baru la lemak lemak gebu gebas rasanya.

Baru keluar oven terus potong. Bakar malam-malam nak bagi anak makan. Kesian, asal malam je perut berbunyi minta isi. Dari goreng nugget, baik buat kek wei. Minum dengan teh O panas. Sedap!

Resepi macam ni lah:

đź‘©‍🍳 Kek Marble Seksi

Bahan bahan:

250 gm mentega
210 gm tepung gandum
170 gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette
3-4 sudu besar serbuk koko -diayak

Cara cara:

Ayak tepung bersama baking powder.

Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd dua atau beberapa bahagian dan masukkan warna pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak mengikut peel oven masing-masing ya. Saya guna suhu 170C selama 40 minit.

28 Jun 2019 | Jumaat

-Dapur Nazira's-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..