19 Jun 2019
Sarapan Pagi Kedai Minum Din Tokyo
Kedai Kopi Din Tokyo.
Pagi ni kita cari sarapan telur rebus separuh masak 'ping pong' dan kopi 'O' kosong di Kedai Abang Din.
Setakat ni, ini antara kedai sarapan pagi terbaik kalau nak cari telur separuh masak. Kena dengan tekak dan selera saya sejak dulu.
Masih kekalkan 'style' kedai minum lama. Peniaga bersama dapur dan perkakasan membuat air di tengah manakala meja kerusi berada di sekelilingnya. Senang nak ambil dan hantar pesanan.
Kalau nak makan juadah lain pon ada. Masakan panas seperti meehun, mee goreng dengan telur mata atau juadah bungkus seperti nasi air dingin, nasi lemak, nasi tumpang, nasi impit dengan sambal dan kuih muih. Roti canai pon ada, boleh pesan di situ.
Datang awal pagi, cepat sampai cepat balik konsepnya. Yang penting pesanan cepat di sediakan.
LOKASI : Kedai Kopi Din Tokyo. Jalan Tok Hakim. Kota Bharu. Kelantan
Benda sedap kita kongsi. Tak sedap diam-diam je.
-FIZAN NAZIRA-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..