Pages

20 Julai 2010

Hadiah Diri Sendiri



Minggu lepas, masa pergi ke Subang/PJ memang nawaitu dah siap dlm hati nk beli something di Maycrafts. Siap tanya pada frendlist facebook kedai kraf paling dekat dgn USJ. Ingat2 lupa, tp aku pasti memang ada kedai kraf berdekatan... Bertuahnya..adik aku kata dekat sangat kedai kraf tu dengan rumah dia. Insya-Allah lepas ni kalau ada peluang pergi KL lagi, aku nak pergi Craft World.. nak membelek silk ribbon pula.

U ols, kedai tu memang bikin jiwa kacau meracau dibuatnya. Dah balik Kelantan ni pun rasa tak tenteram jiwa raga... Buku krafnya, benangnya, alatan menjahit/mengait/knittingnya...memang bikin angau. Oh, harga alatan menjahit ni depend pada brand. Jika brand yang gah seperti Clover,DMC harga memang tak agak mahal dalam RM20+ malahan ada yang beratus bezanya. So, kalau nak mencari alatan..ada yang sama jenis..tapi tak ada brand jauh lebih murah ya. Kena bijak memilih.


Buku kraf adalah kebanyakannya dari Jepun. Harga?? ermm, atas RM70. Aku dapat beli 1 buah buku walaupun terpaksa aku korbankan dari membeli benang cotton yang menggila menengoknya... semua benang aku pegang, aku belek. hu hu harga benang paling murah RM13, 1 buku (anggaran 50g). Paling mahal RM50 (mungkin 100gm). Cuba hitung, kalau alang-alang beli buat baju/blouse/cardigan sendiri *dewasa paling sikit dlm 6-7 buku (100g), kalau 50g punya mestilah lebih dr 7 buku benang. Tapi sendiri pakai memang puas hati kan.... kalau utk orang lain??

Hasil dari membelek buku yang baru aku beli, dapatlah sepasang baju untuk diri sendiri. Actually benang tu warna baby pink.... dah cuba pakai, memang ngam-ngam dengan badan.

Nanti keluar dating, i pakai tayang-tayang lagi ye... ;)


Klik link ini utk tatap baju saya yg siap itu: http://fizanwanpani.com/sew-addict.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..