Pages

19 Julai 2010

Kailan Ikan Bilis




Pasti ada yang tersengeh-sengeh membaca tajuk.. haha lain dari yang lain..tp aku rasa, sama je dgn kailan ikan masin.

Ikan masin ke..ikan bilis ke..janji adooo... nak masak ni pun kadang-kadang tengok la bahan apa yang ada di dapur... Nak lengkap macam orang lain tu, memang tidak le... bukan rajin pun aku nak membelek satu barisan ke satu barisan di Tesco. Kadang-kadang sayur pun tak ada pilihan lain... mana yang ada, satu barisan tu kadang kala (selalunya le) penuh dengan kangkung tak pun sawi....

Hendak kelainan kena pergi Pasar Besar Siti Khadijah tak pun pasar basah Wakaf Bharu. Seriyes...walaupun Pasar Wakaf Bharu tu paling dekat dengan rumah, tp jarang sangat aku pergi ke situ... Ke Pasar Siti Khadijah pun leceh gak. Dengan parking susah dapat... jalan jem....paling tak seronok membawa si Izzaty ke kawasan situ yang licin dan berair. Walaupun sayur banyak...tapi nak menjinjit plastik lagi...mendukung si Izzaty lagi...membuatkan aku malas la nak pergi situ... :( Tesco senang ~ ada troli

Korang tahu tak...rahsia kesedapan kailan ikan masin/ikan bilis ke.... gunalah sos ikan!. Tak perlu lagi tambah garam atau ajinomoto.... ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..