
Tempohari dah jalani photoshoot untuk Utusan. Ia berkaitan dengan blog aku iaitu
Sew Addict di mana kali ini artikel berkenaan Crochet pula di paparkan.
Kalau dulu (2008 & 2009) pernah keluar juga di Utusan dua kali, juga berkaitan dengan hasil tangan aku iaitu Sulam Manik dan Sulam Riben. Syukur, apa yang aku buat dan hasilkan..menarik minat dan perhatian pihak media.
Hari ini
24 Julai 2011, Ahad artikel tersebut telah pun berada di dada akhbar tersebut di dalam sisipan kecil. Alhamdulillah dapat 1 page. Besaunya gambar ku....
Terima kasih kepada wartawan Utusan.. Bintu Rasyada kerana sudi memaparkan artikel berkenaan
blog Sew Addict .
- Posted using BlogPress from my iPhone