Pages

Memaparkan catatan dengan label Resepi Kerabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Kerabu. Papar semua catatan

1 Disember 2013

Kerabu Pegaga


Pegaga ni asalnya aku kutip di rumah mak aku di Perak. Pegaga apa ek korang panggil. Sebabdaun dia bulat dan besar aku pun memandai panggil dia pegaga gajah. Rasa dia manis manis lemak... aku tanam dalam pasu je..



Kkerabu as usual memang taste aku laki bimi lah.. ini cara aku buat... rasanya memang sedap sangat!! Perhatian resepi adalah main agak agak ye... tak de sukatan tetap...

KERABU PEGAGA

seikat pegaga racik halus
Bawang kecik tumbuk lumat
Udang kering tumbuk lumat
Cili padi tumbuk lumat
Bawang besar mayang halus
Cili merah mayang halus
Kelapa parut sangai dan tumbuk kasar
Gula
Perahan air limau
Sedikit sos ikan

Cara:
Semua bahan gaul sebati.. rasakan masam manis.. kalau ok boleh dah makan..

19 Jun 2011

Kerabu pucuk paku dgn tauge


Dah lama sangat teringin nak makan kerabu pucuk paku macam ni. Dulu mak aku selalu buat masa kecik2. SekarNg aku nak buat asik la tak cukup bahan. Ada pucuk paku, tauge pulak tak ada. Sebenarnya, kalau tambah kerang lagi sedapp..

Resepi dari koleksi chef hanieliza, aku kongsi dan sebagai rujukan aku kelak.

BAHAN
2 ikat pucuk paku ambil daun saja dan celur
Tauge x perlu celur
Setengah biji kelapa diparut dan digoreng tanpa minyak hingga kekuningan

2 biji limau kasturi ambil jus
1 sudu besar air asam jawa pekat
Gula sikit

BAHAN KISAR
1 biji cili merah besar
5 biji cili api *nk pedas lg tambah la ye
Sedikit ikan bilis
Seinci belacan

CARA
Campur je semua bahan dan gaul sebati. Simpan dlm peti sejam sebelum makan.

Selamat mencuba.
----


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor,Tumpat,Malaysia

28 Mac 2011

Kerbu Pelam Muda


Sekarang musim pelam di sini (yg aku nampak le area Kota Bharu ^^).

petang tadi tup tap nampak setangkai pelam muda kat tempat kaki dalam kereta en.suami.. aduh, terlioq dan dan tu gak!

sempat la juga pergi pasar Wakaf Bharu membeli sayur dengan ikan.. dah petang, apa je pun yang tinggal...huhu asal ada udah le.. pergi Tesco tak ada sayur apa pun yang menyelerakan.. tinggal kotak kosong je.. aisey... sesekali pergi pasar, dapat juga sayur hijau..

petang ni kami merasalah kerabu pelam... syahdunye!!

----

Resepi Kerabu Pelam Muda
**cara aku la ye **

4 biji Pelam muda di racik2 halus
6 ulas bawang merah mayang halus
5-10 biji (ikut la nk pedas mana..) racik halus
1 biji cili merah racik halus
sehelai daun sup potong halus
2 sudu besar gula *rasakan, kalau kurang manis tak balance dgn masam pelam tu taruh lagi
3 sudu besar sos ikan

Semua di atas gaulkan sekali..

Siap!



25 Disember 2010

Kerabu Pauh/Magga





Sesekali makan nasi putih dengan kerabu mangga sedapnye... buah mangga beli di tesco, masam la pulak.. buat kerabu pun ok ^^


Resepi Kerabu Mangga.

Sebiji mangga (parut/racik halus)
setengah biji lobak merah (parut/racik halus)
1 labu bawang besar (cincang kecil)
1 biji cili merah (potong halus)
10 biji cili padi (potong halus)
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 biji jus limau
sedikit daun ketumbar

Cara:
Gaul semua bahan hingga sebati....

27 November 2010

Kerabu Selom



Aku suka!! dh lama tak makan kerabu selom.. semalam buat, sendiri habiskan.. LOL



Resepi Kerabu Selom

Seikat daun selom bersihkan dan potong halus2
Sebiji bawang besar di mayang.

Bahan blender/tumbuk:
3 biji bawang merah kecil
5 cili padi
2 cili merah
sedikit belacan
segenggam udang kering
sedikit garam


2 biji jus limau
sedikit kelapa larut


Cara:
Tumis hingga wangi bahan tumbuk bersama jus limau. Sejukkan.
Kemudian campurkan dengan daun kesum, bawang besar & kelapa parut. Gaulkan sebati.

Siap untuk dihidang...

23 Ogos 2010

Kerabu Kaki Ayam


Kerabu lagi lah.... tempohari kerabu taugeh.. semalam kerabu kaki ayam. Kaki ayam aku beli di pasar Wakaf Bharu.. 1kilo RM10... beli 500g sudah cukup..itu pun aku guna separuh je..separuh lagi aku simpan.

Kaki ayam beli di pasar ni, sudah siap buang tulang. Maksudnya, tulang kaki ayam tu dah siap di potong...maka yang tinggal adalah isi dan tulang rawan serta sedikit tulang jarinya..

Pertama kali aku makan kerabu kaki ayam di Kelantan ni ler..kat tempat lain aku tak pernah jumpa pulak. Biasa orang buat sup kaki ayam kan? Sup pun aku suka jugak.

Kalau bulan Ramadhan, di Stadium Sultan Ismail tu..memang ada 1 booth yang khas jual kerabu..segala mak nenek kerabu ada..kerabu perut, kerabu sotong, kerbau udang, kerabu kaki ayam, kerabu mangga (pauh) fuh!!

Apa pun, kalau beli di pasar ramadhan, mana puas..dah la mahal...aku ingat tahun lepas beli Rm2, bukan banyak mana dapat pun..sedih betul...kaki ayam tu kira sisa je dapat...yang banyak 'hampas' kerabu tu ler ~ bawang,cili,tomato... makan sorang pun celah gigi pun tak lekat..haha

Dah tahu pot mana jual kaki ayam siap buang tulang ni, ok la...nanti boleh cari lagi..


Resepi kerabu kaki ayam cara aku ye:

Kaki ayam rebus kasi empuk.

Bawang besar (putih) potong dadu
cili padi hiris nipis
tomato potong dadu
daun saderi potong halus
daun limau purut racik halus
cili merah racik-racik

garam
gula
perahan jus limau
sos ikan


Semua bahan gaul dan campurkan sekali......

22 Ogos 2010

Kerabu Taugeh & Pucuk Paku



Sesekali berbuka dengan kerabu lahai, sodapnya.... baki taugeh banyak lagi..beli 50sen punya la banyak makcik di pasar tu bagi... ni kelebihan kalau beli di pasar... siap dapat free gift lada lah, limau lah kadang-kadang makcik tu selitkan dalam plastik...

Resepi kita agak-agak je la ya...

Respi Taugeh & Pucuk Paku

Bahan:

taugeh bersihkan*
pucuk paku bersihkan*
kerang ambil isi*
**celurkan

Bawang besar mayang halus
sedikit daun kesum potong halus-halus
sedikit beras goreng tanpa minyak - kisar halus
cili kering tumbuk lumat
air asam jawa
sedikit kerisik
garam secukupnya
santan pekat

Cara:
Campurkan bahan celur bersama daun kesum, bawang besar,cili kering dan gaul sehingga sebati... bila dah sebati, campurkan beras goreng,kerisik,air asam jawa,garam dan santan...gaul sebati...

sebaiknya, campur santan tu dekat2 nak makan..baru sedap dan fresh.

10 Ogos 2010

Kerabu Kacang Botol Thai Style


Petang semalam aku cuba buat kerabu kacang botol versi Thailand... risau juga tak sedap... pertama kali buat. Rupa-rupanya sedap.. pedas, manis, masam secukup rasa pada tekak aku. Ingatkan aku seorang je makan, rupanya En Daddy pun habiskan sama... so, mmg sedap la tu kut... ;)


Resepi Kerabu Kacang Botol Versi Thailand

Bahan:
Kacang botol bersihkan, potong halus2
Santan pekat secukupnya
Udang celurkan
gula secukupnya
perahan limau nipis 2 biji
sos ikan



Bahan tumbuk sehingga lumat:
Serai
Sedikit Lengkuas
3 biji cili kering rendam dulu
Bawang merah
Bawang putih
Lada hitam
Bunga cengkih
Buah pelaga
Belacan
sedikit garam


**Bahan tumbuk ni kena tumis hingga bau harum, ketepikan.


Cara:

Panaskan sekejap santan pekat. Ketepikan.

Gaulkan bahan tumis (tumbuk lumat) bersama kacang botol, udang. Masukkan garam,gula,sos ikan,perahan limau dan akhir sekali masukkan santan pekat...

Gaul sebati, rasakan.... dah cukup enak, hidangkan....

18 Julai 2010

Kerabu Bilis




Kerabu bilis pada hemat aku, kalau nak buat...elok waktu nak makan baru ler goreng bilisnya... kalau buat awal.. nanti bilis akan lemau tak sedap.

Bilis paling sedap buat masa ini di datangkan khas dari Pangkor. ;)


Semua bahan gaulkan sekali.

Resepi:

Ikan bilis goreng dan tumbuk kasar
Tomato
Bawang besar potong dadu
Cili padi hiris kecil
Serai hiris kecil
Daun saderi potong kecil
Garam
Gula
Jus limau


*gaul sekali. Sangat menyelerakan dimakan bersama nasi panas..