Pages

Memaparkan catatan dengan label Resepi Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Nasi. Papar semua catatan

25 Februari 2015

Bento 25.2.2015 (Rabu)







Hari ni dapat sediakan bento buat 3 anak dara. Buatkan nasi goreng. Semalam buat juga nasi goreng petang..tak cukup dorang makan. Demand nk makan lagi. Maka, masakkan pagi ni boleh bawa bekal.

Jam 8 malam aku siap uli doh nk buat roti. Roti ni 500g tepung, sehari je boleh licin. see, sedap tak sedap la kan..haha

Nasi goreng aku goreng simple je. No sayur mayur. Dorang memang tak makan punye. Tapi nice plak rasa dia..pedas hujung2 lidah gitu..

RESEPI NASI GORENG SEDAP

  • nasi sejuk lerai kan anggaran 2 pot
  • 3 ulas bawang merah kecik*
  • separuh bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 tangkai cili thailand, kalau nk pedas boh la banyak mana yang suka*
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu kecil garam halus
  • minyak utk menumis
* bahan ni blender. tapi kalau tumbuk kasar pon lagi sedap.

CARA
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan bertanda * sampai layu dan naik bau
  • masukkan kicap cair dan garam. kacau rata
  • masukkan nasi sejuk dan kacau sampai semua nasi kena rata dengan bahan tumisan
  • rasakan dulu, kalau ok kena dengan selera, boleh tutup api.
  • dah boleh makan!

22 April 2011

Nasi Goreng Cina




Esok sabtu
jam 9 lagi dah sibuk. anak aku ada kelas sampai le jam 1 t/hari
nota: sila cari beras. beras habis.. aku lupa nak beli di tesco ari tu.. juga telur cadang nak buat kuih.. apa da..kuih kemana..aku dah ke mana.. asik la layan drama korea.

nasi goreng cina ni tak berapa sedap. aku guna beras wangi. wangi la sangat kata akak peniaga di pasar wakaf bharu tu. murah RM18 utk 5kg. masa aku beli tu, dengan perasaan kagum dan bangga la sebab beras wangi murah. maklum la aku x penah tahu la harga beras pasaran. sekali laki aku gelak da.. ini apa punya cap beras. cap hayam kah? aroma memang wangi.. tapi kureng sedap serta banyak kanji. Info terbaru: beras ni dah habis pun :D

moral- sila beli beras jenama faizah taj mahal yang paling murah tu saja lah. itu paling sedap!!!

13 April 2011

Nasi Ayam Bakar


Hari ni masak kelainan sikit. Bagi orang macam aku, masak nasi ayam ni 'special' la juga.. mood baik boleh la masak sedap. Tapi tengok juga selera deme, kekadang ada gak yang deme tak berapa nak makan.. buat penat je karang tung tang tung tang sensorang di dapur ye dak?!

Kejap je proses masak nasi ayam ni. Rebus-rebus..kemudian keluarkan ayam dari sup, ambil sikit rebusan sup tu, tuang dlm beras yang di basuh. Nak wangi letak sikit daun pandan (kebetulan daun pandan baru beli di Tesco). Sementara nak tunggu nasi masak, ayam tu panggang je dalam oven. Sup tu boleh la di letak garam perasanya..

Nak tunggu ayam garing cantik dalam oven, potong-potong cepat sayur apa yang ada dalam peti. Blender cepat sosnya.. 1 - 1 1/2 jam dah siap.. anak aku dah tunggu balik sekolah nak makan nasi. Habis makan, aku suruh tidur... petang ni nak pergi mengaji pulak.


Resepi Nasi Ayam Bakar ( koleksi Chef Hanieliza)
*aku masak untuk 3 orang makan je ni.. agak2 la bahan tu ye..*

BAHAN:-

3 ketul bahagian peha ayam.

*4 biji bawang merah-racik halus
*4 ulas bawang putih-racik halus
*halia- racik halus
*buah pelaga 2 biji
*bunga lawang 2 biji
*bunga cengkih 4 biji
Minyak utk menumis

Air secukupnya
1 kiub ayam
garam & bhn perasa

2 cupak beras di basuh dan di tos (aku x ada beras basmathi..guna beras biasa je..)
1 helai daun pandan ikat simpul


CARA:-
  1. Tumiskan dulu semua bahan ** sampai naik harum
  2. masukkan air secukupnya dan masukkan peha ayam tadi
  3. rebus hingga agak masak ayam tersebut dan masukkan garam secukup rasa
  4. keluarkan ayam, ceduk air rebusan tadi masuk ke dalam periuk nasi berisi beras tadi. Agak2 la ye mcm nak masak nasi biasa tu.
  5. Aku masukkan secubit garam dlm periuk nasi tu sebelum masak mcm biasa
  6. Rasakan semula sup tadi...kalau ok boleh padam api.
  7. Ayam tu, aku gaul dgn garam, sedikit serbuk kunyit dan sos tiram
  8. kita BAKOOORRR dlm oven sehingga garing/perang
  9. Dah siap, boleh la hidang..
makan panas-panas wallawehh!!

1 April 2011

Nasi Tumpang


Nasi tumpang ni.. hanya terdapat di Pantai Timur.. negeri Kelantan (kalau ada kat tpt lain maaf la ye.. aku ni pernah gak stay KL,Selangor, Perak, Kedah, Pahang tapi x penah lagi le jumpe nasi tumpang ni dlm bentuk gini..). Pertama kali tahu nama ni pun masa mula-mula menetap di sini.. Terperanjat & teruja le sangat aku nak merasa nasi tumpang ni. Kena pula member aku tu dok mengapi-apikan keadaan mengatakan nasi tumpang ni tersangat le sedap.. makan waktu sarapan gitu.. cemana rupa? aku pun tak tahu, sampai le aku cari sampai dapat..

Ini ler rupenye... di bungkus menggunakan daun pisang dalam bentuk piramit.





Cemana dalamnya?? Begini lah isinya. Terdiri dari nasi lenyek (macam nasi impit), diletak lauk pauk serta serunding. Memang sedapppp..............

16 Januari 2011

Nasi Air Siam


Pertama kali aku makan nasi air masa mula-mula pindah ke Kelantan.. tapi aku ingat, nasi air ni sama macam 'moi' orang utara panggil..cuma ada beberapa bahan yang lain sikit... susah nak cari nasi air yang sedap....kalau dapat yang power enak, fuh....makan hingga ke titisan terakhir.

Paling sedap buat masa ni nasi air yang terdapat di Food Village, Jln Pengkalan Chepa.. restoren chim chum ala korea ni, dulu dekat gile dgn rumah lama aku..tp tak pernah singgah pun.. dah duduk jauh baru la ada makna nak pergi kan..macam jauh gitu.... = memang enak gilak!

Ok, aku ada buat nasi air...resepi google la..aku tak konfiden pulak nak membuatnya.. hihi rupanya senang je...

Kalau ada telur asin, lobak masih..kasi letak la..memang sedappp... ni kalau demam ke, selsema ke..pening2 ke..elok la makan...


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Nasi - dimasak sedikit lembik

  • Daging - 1/2 kilo
  • halia - 5 inch -ditumbuk lumat
  • cili padi (hijau atau merah) - segenggam
  • cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
  • garam,gula sesedap rasa

  • BAHAN TAMBAH
  • ikan bilis - digoreng garing
  • bawang goreng
  • bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
  • air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
  • daun sup - dihiris halus-halus
  • limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
  • **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

Cara-cara

  1. Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.

  1. Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
  2. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.

  1. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).

TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.

CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!

17 September 2010

Nasi Minyak

Menu masakan tengahari hari Jumaat, 17 September 2010. Nasi minyak dengan lauk masak rendang ayam dan acar mentah. Ok lah untuk keluarga kecil kami....



Resepi Nasi Minyak

500g beras basmathi. rendam 20 minit dan toskan
2 sudu besar minyak sapi
1 pokok ketumbar, kerat kasar2
1 biji bawang besar, hiris halus
2 inci halia, di titik
3 ulas bawang putih, di titik
2 helai daum pandan, di simpul
700ml stok ayam. (kalau tak ada, 700ml + 1 kiub ayam)
300ml susu cair
garam secukup rasa

1 batang kayu manis *
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih * (* rempah tumis)
1/2 cawan kismis

BAHAN HIAS:
hirisan daun bawang/sup
bawang goreng
kacang pis
kacang gajus


CARA MASAK:
  1. panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan. Tumis hingga harum. Masukkan beras dan goreng sebentar. Matikan api. Tuangkan beras ke dalam pariuk nasi elektrik.
  2. Tambah susu cair, daun ketumbar dan stok ayam. Masukkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dn biar betul2 tanak. Gemburkan nasi memadai 2,3 kali saja. Takut nanti nasi patah.
  3. Hias dan tabur dgn bahan hiasan.

Enak di makan bersama lauk2 pauk yang lain juga.. :)

5 Ogos 2010

Nasi Lemak


Hari ini (5 Ogos 2010) hari terakhir aku berpuasa ganti. Semalam aku masak nasi lemak. Resepi kali ini meniru dari blog Mat Gebu.

Masaknya pun simple aje. Senang sangat, main campak je dalam rice cooker. Siap!!


BAHAN UNTUK NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit, dan toskan
6 cawan santan
1 batang serai, dititik
2 helai daun panda, disimpul
2 ulas bawang putih, diketuk
1 1/2 inci halia, dititik
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis (sy buat sambal tumis bilis + kiub bilis utk lagi sedap)
Timun, dihiris
Telur, rebus
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam rice cooker, satukan semua bahan untuk nasi lemak kecuali garam, kacau rata dan tambah garam sedikit (anggaran 1/2 camca teh). Kacau rata dan masak seperti biasa, bila nasi betul tanak2, karih nasi tadi, gunakan chopstick dan balik kan 2 - 3 kali sahaja untuk mengelakkan beras patah2.
  2. Hidang kan nasi lemak tadi bersama bahan sampingan. Yang ni optional, kalau nak tambah lauk lagi pun ok, macam ayam goreng atau ikan goreng...Selamat mencuba..