25 Februari 2015

Bento 25.2.2015 (Rabu)







Hari ni dapat sediakan bento buat 3 anak dara. Buatkan nasi goreng. Semalam buat juga nasi goreng petang..tak cukup dorang makan. Demand nk makan lagi. Maka, masakkan pagi ni boleh bawa bekal.

Jam 8 malam aku siap uli doh nk buat roti. Roti ni 500g tepung, sehari je boleh licin. see, sedap tak sedap la kan..haha

Nasi goreng aku goreng simple je. No sayur mayur. Dorang memang tak makan punye. Tapi nice plak rasa dia..pedas hujung2 lidah gitu..

RESEPI NASI GORENG SEDAP

  • nasi sejuk lerai kan anggaran 2 pot
  • 3 ulas bawang merah kecik*
  • separuh bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 tangkai cili thailand, kalau nk pedas boh la banyak mana yang suka*
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu kecil garam halus
  • minyak utk menumis
* bahan ni blender. tapi kalau tumbuk kasar pon lagi sedap.

CARA
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan bertanda * sampai layu dan naik bau
  • masukkan kicap cair dan garam. kacau rata
  • masukkan nasi sejuk dan kacau sampai semua nasi kena rata dengan bahan tumisan
  • rasakan dulu, kalau ok kena dengan selera, boleh tutup api.
  • dah boleh makan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..