Pages

Memaparkan catatan dengan label Resepi Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Ayam. Papar semua catatan

17 Oktober 2018

Masak Juga 17 Oct 2018

Setiap hari, walau penat tetap juga masak. Sekarang nak makan di luar atau beli lauk di kedai pon dah tak tahu nak makan apa.

Balik rumah, tengok apa yang ada dalam peti tu kita masak campak-campak sajalah.

Orang rumah ni makan yang mudah saja. Lagipon semua jenis perut kecil. Kadang dah makan di sekolah, lauk rumah tak terusik pon.

Jadi lah menu ayam masak asam pedas & 'baby' kailan goreng campur.

- tukang masak saja -

28 Jun 2013

Ayam Masak Asam Pedas

Antara kegemaran aku adalah ayam masak asam pedas ni.. memang sedap.. sementara budak-budak suka ayam.. ok ler... senang sangat buatnya..

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS

Bahan-Bahan

200 g ayam di bersihkan & potong ikut besar mana yg suka
2 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 inci belacan
seinci halia*
seinci lengkuas* --- * kisarkan bersama
2 sudu besar cili kisar
kiub bilis
sekeping asam gelugor
daun kesom
air secukupnya
minyak utk menumis
tomato/bendi

Cara.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.. kemudian masukkan cili kisar.. tumis hingga pecah minyak
masukkan air, ayam, asam gelugor, daun kesom.. kiub bilis.. bila mendidih masukkan tomato yang di belah atau bendi dan renih hingga masak.
masukkan garam & gula.. rasakan.. jika dah ok, tutup api.

3 April 2013

Ayam Phat Phet

Hari ni rajin update menu.... not bad rasanya... hihi
Bahan A (Blend)
5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Bahan B
3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto
Cara-cara
Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

23 September 2011

Asam pedas ayam

Bahan

Bawang merah
Bawang putih
Buah keras
Belacan
Halia
* semua bahan atas ditumbuk lumat

Cili boh

Ayam
Daun kesum
Asam keping/air asam jawa
Air secukupnya
Serai

Garam & perasa
Buah tomato
Daun ketumbar

CARA:
tumis bahan kisar bersama cili boh sampai pecah minyak

Masukkan ayam dan sikit air. Biar sampai empuk ayam tu

Masukkan daun kesum, air asam jawa atau asam keping dan tambah air. Masak lagi...

Dah elok masak, masukkan tomato, garam & tabur daun ketumbar. Rasakan sedap ke tidak....

Boleh hidang.

3 April 2011

Ayam Goreng Serai

Ada kelainan masak ayam goreng serai ni dari biasa. Dimulakan dengan merenih dahulu, kemudian baru menggoreng hingga kuah pekat. Aku masak untuk 2 orang. tak pedas, maka anak-anak aku suka lah makannya..

Resepi Ayam Goreng Serai

200g dada ayam
1 cawan santan pekat
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawah putih*
2 batang serai*
2 biji buah keras*
1 inci halia*
* bahan ini dikisar halus

air secukupnya
minyak untuk menumis
lada merah untuk hiasan
hirisan timun utk hiasan
hirisan tomato utk hiasan
garam & gula @bahan perasa

CARA:
  1. renihkan ayam bersama santan hingga air berkurangan separuh. Sentiasa kacau
  2. panaskan minyak dalam kuali dan tumis ayam bersama santan tadi hingga pekat. Masukkan garam & gula. Rasakan.. jika ok padamkan api & sejukkan
  3. Hiaskan pinggan dengan hirisan cili merah, timun & tomato. Masukkan ayam tadi.

12 Februari 2011

Ayam Goreng Pandan

Serius.. sangat sedap!!!

Resepi Ayam Goreng Pandan
  • Ayam
  • Air pandan(blender daun pandan ambik airnya)
  • Bwg putih(ditumbuk)
  • Halia(ditumbuk)
  • Serbuk cili
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Sdkt gula
  • Sdkt garam

Cara-cara:
  1. Perap ayam dgn bahan2 tersebut..lagi lama2 lagi sedap
  2. Goreng hingga garing

5 Disember 2010

Ayam masak halia

biasa kalau rasa nak makan yang sedap, kita masak sikit je.. makan pulak waktu betul2 lapar..hehe benda sikit, makan waktu paling lapar, sah-sah sangat sedap. aku masak lauk dengan halia banyak-banyak ni memang dah jadi kegemaran. boleh keluarkan angin. masa anak dara, tak de la angin sangat. badan pun ringan lagi maklum la berat pun 49kg jek. sekarang dah beranak pinak ni..semua urat masuk angin...badan pun rasa berat semacam plus lemak tepu tu.. halia memang boleh keluarkan angin dalam badan.. LOL

Resepi Ayam masak halia

ayam dipotong kecil
1inci halia racik halus
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar di mayang
1 biji cili merah+cili hijau
daun bawang
2 sudu tepung jagung + sikit air
1 sudu lada hitam
garam
sikit air
minyak utk menumis.

cara masak:

1. tumis bawang kecil, halia dan bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan ayam dan renih sekejap
3. masukkan sikit air dan masak hingga ayam empuk
4. masukkan bawang besar,lada hitam & cili merah+cili hijau, tambah sikit air lg jika air nak kering
5. Agak ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang telah dikacau dgn sedikit air utk pekatkan kuah.
6. taburkan daun bawang dan boleh hidang.

makan panas2 sedap.....

19 September 2010

Rendang Ayam

Pertama kali masak rendang ayam sendiri... walala memang sedap lah... puji sendiri sebab sendiri rasa sedap, sampai habis la ayam tu....

Resepi Rendang Ayam

BAHAN A:-

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (siat/racik halus)
  • 2 keping asam gelugur/keping
  • 1 keping kecil gula kabung
  • garam secukupnya
  • air secukupnya *nak masak sampai lembut kan...
BAHAN B (KISAR):-

  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahangian putihnya)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji cili padi **ini tak letak...kang pedas pulak..
CARA MASAK:-
  1. ayam dibuang kulit, bersihkan & toskan
  2. masukkan semua bahan (kecuali kerisik, daun kunyit garam & gula) dalam kuali besar, kacau sebati atas api pelahan
  3. masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati. kacau sesekali sekala
  4. masukkan garam, gula, kerisik & daun kunyit dan kacau rata. seimbangkan rasanya.
  5. masak sampai kuah pekat atau ikut lah citarasa masing2..
  6. tutup api, angkat dan boleh hidang dengan pulut, lemang,ketupat

1 Mei 2010

Phad PRik Udang & Sup Ayam Ala Thai

Sedap lah sebagai pembuka selera. Dah lama tak masak bersungguh-sungguh. Dalam erti kata lain, memasak mengikut betul-betul aturan dan teknik. Biasa saya masak nan adoo je. Menggunakan sejimat mungkin bahan. hahah

Menu semalam. Hari ni saya masak simple saja. Sempena cuti 1 Mei, masak goreng telur dadar dan sambal bilis je..hehe petang kami memburu bahan dapur, tapi singgah dulu di Pantai Cahaya Bulan dulu sebelum singgah di pasar membeli sedikit sayur, udang dan sotong. Tiada ikan yang menarik hati... ada beberapa barang tak ada, esok kirim je kat asben soh belikan..hehe

Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

21 April 2010

Kangkung Goreng Belacan & Ayam paprik

Menu semalam... hehe kangkung goreng belacan tak berapa pedas... dan ayam paprik sempoi je...

Coretan

Norhafizan Wan Pani

post signature

10 Oktober 2009

Ayam Masak Cili Padi

Ayam masak cili padi

Resepi:

Dada ayam potong dadu
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
6 biji cili padi* - nk lagi pedas tambah lagi.
1 batang serai
5 helai daun limau purut
1 sudu sos ikan
1 sudu tiram

Garam
Gula
Minyak

[Bahan tanda * di tumbuk kasar]

Cara:
Tumiskan bahan [*], daun limau purut dan serai hingga naik bau. Masukkan dada ayam dan air, tunggu hingga masak.

Masukkan sos ikan, tiram,garam dan gula. Masak hingga pekat.

Feluk Shiom..

post signature

Tiada apa yang dipinta, hanya secebis komen ikhlas saja.

17 Februari 2009

Colek Ikan Tenggiri & Tomyam Ayam.

Petang semalam untuk dinner aku masak colek ikan tenggiri dan tomyam ayam. Sedap sungguh hingga habis nasi seperiuk.Biasa masak 2 pot je pun..perut kami kecil-kecil belaka..itu pun biasa tak habis juga...hehe

Memang telah rancang nak buat colek ikan tenggiri dan tomyam ayam. Tomyam pula guna 2 ketul ayam je...lega, habis licin...kuahnya pun slurpp!! amat enak lah....

Tomyam Ayam.

Resepi:
2 ketul dada ayam potong kecil-kecil *macam kat kedai tu ha...
1 batang batang saderi ambil akar dan batangnya - cuci bersih2
2 helai duan limau purut
2 batang serai di titik
4 biji limau purut ambil jus
1 labu bawang besar belah 8
10 biji cili padi *kalau tak rela pedas sila kurangkan kuantitinya.
1 biji tomato belah 6
1 kiub ikan bilis
2 sudu besar pes tom yam thai
air secukupnya

garam & gula

Cara2 masak:
rebus ayam bersama pes tomyam hingga ayam hampir masak. Kemudian masukkan serai,bawang besar, batang/akar saderi, cili padi, kiub bilis, tomato renih hingga masak.Hampir masak masukkan daun limau purut. Masukkan gula dan garam. Rasa masin manisnya. Last sekali masukkan jus limau.Kacau rata dan tabur daun saderi.

Colek tenggiri paling lazat pernah rasa. Terima kasih kepada Mat Gebu titipkan resepi ini. Ya Allah, memang terasa sangat keenakkan dan kemanisan ikannya. Aku beli seketul ikan tenggiri saja nak test dulu. Wallah rupanya mmg sedap! Lepas ni kena spare ikan ni byk dlm peti ais. Korang, kalau makan colek ini dgn nasi panas2 pun dah cukup menyelerakan. kena pula aku mmg hantu kerabu nih.....

Colek Tenggiri

Ikan tenggiri perap kunyit dan garam, goreng dan tepikan.

5 biji cili padi* tumbuk
1/2 inci belacan* tumbuk
garam *tumbuk

Tomato-potong dadu
Bawang besar-potong dadu
3 tangkai saderi-racik halus.

2 sudu gula
1 biji lemon ambil jusnya.

Cara.
Racik2 ikan tesebut. Gaul bersama semua bahan tadi. SEDAPPP!!!

16 Februari 2009

Chicken Chop

Bruupp! kenyangnye..lega rasa perut bila dah di alas baru je kejap tadi...dah lama teringin nak membuatnya sejak dua minggu yang lepas lagi..baru hari ni terlaksana...bagus kan?? tepuk tangan sikit sambil usap perut dah kenyang ni.....

Resepi dapat dari kak zu rakan forum anjungindah.com dari tahun lepas lagi...tq kak zu.

Chicken Chop

Resepi.

Dada Ayam/Isi ayam
Serbuk roti
Telur

Bahan Kuah:
Tepung gandum
Stok ayam/kiub ayam
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Mentega
kicap pekat
sos tiram
Bawang besar potong dadu
Garam

Hiasan:
French fries
Tomato
salad

Cara Sediakan ayam:
Pecahkan telur pukul sedikit. Celupkan ayam ke dalamnya dan kemudian salutkan serbuk roti rata di sekelilingnya.Goreng hingga masak dan kekuningan.Tos dan ketepikan.

Cara sediakan kuah:
Panaskan mentega, goreng bawang dan tepung hingga tepung kekuningan.Masukkan air secukupnya,serbuk lada hitam, lada sulah, stok ayam masak hingga pekat.Masukkan garam.Rasa masinnya...

11 Februari 2009

Ayam Goreng Percik Berkuah

Sandwich makanan pagi yang paling sempoi. Aku suke ia kerana rasanya yang sedap dgn adanya tuna pedas dan sayur2an. Kira 3 in 1 memang senang nak buatnya... Kalau tak pedas pelik pula rasanya kan.... ini sarapan pagi kelmarin agaknya...belum update dlm blog, aku just masukkan juga. Takkan nak sia-siakan tenaga aku mengambil gambar dan tenaga bateri yang setia shoot apa saja mengikut kehendak tuannya...layanZzzzs...

Ayam percik berkuah. Wallah rasanya memang lazat sekali! Semalam aku dah buntu nak masak mende ntah...gini la kalau hari-hari masak sampai ketikanya kepala tak dapat nak pikir apa lagi rasa nak makan...situasinya sama juga kalau asik membeli makanan/lauk di kedai...asik makan ayam,ikan,sayur sampai tak tahu nak makan apa lagi...tapi perut tetap lapar minta di isikan....

Actually dari kelmarin aku asik nyahbekukan dada ayam cadang nak buat chicken chop...bila dah agak ayam tu ready untuk di masak, tiba2 selera berubah macam tak selera pulak makan chicken chop..terlalu simple rasa macam tak kenyang....erm, mencari2 resepi apa yang sesuai dan belum pernah di cuba tanpa melibatkan byk tenaga, aku terjumpa resepi ini. Simple amat, tak perlu duduk/berdiri lama...kaki aku semakin sakit sekarang..mungkin kerana berat semakin bertambah...hehe masak pun kejap je...menu semalam macam biasa tak byk mana, ada lauk dan sayur kira dah ok la tu..janji lazat habis sepinggan nasi.

Masakan ni berkuah ok..so tak payah nak masak sup ke apa lagi..senang sangat kerja aku....*malas sebenarnye..hehe

Ayam Goreng Percik Berkuah.

Bahan:
3 ulas bawang merah kecil**
3 ulas bawang putih**
1 inci halia**
1 inci kunyit hidup**

**~tumbuk halus dan lumat

ayam di perap bersama garam dan kunyit-goreng dahulu.

1 sudu besar cili boh/cabai kering kisar
2 batang serai
1 cawan santan pekat

garam dan gula secukupnya
minyak menumis.

cara masak:

ayam goreng terlebih dahulu.Toskan.

tumis bahan ** sehingga naik bau. Masukkan santan dan sedikit air *agak2 la nak byk mana ikut byk ayam tu okeh. Kacau jgn berhenti sehingga naik buih, masukkan serai dan cili boh. Saya suka letak daun limau purut coz nanti bau wangi dan rasa pun sedap. Masukkan ayam dan kacau lagi sehingga kuah jadi betul2 pekat...masukkan garam dan gula....siap!

22 Januari 2009

Ayam Panggang Bermadu & Sayur Campur Kasturi

Sayur Campur Kasturi

Bahan:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Brocoli
Bunga kubis
Kubis
Lobak merah
1 biji lada merah
*semua potong2 aje

Minyak utk menumis
2 sudu sos utk sayuran
3 sudu kicap pekat manis
garam
serbuk perasa kalau suka
2biji limau

Cara:
Tumis bawang sehingga kekuningan.

Masukkan sayuran kecuali kubis masak hingga layu, masukkan sos dan kicap. Masukkan kubis.

Bila dah masak masukkan garam dan serbuk perasa. Tutup api, perahkan limau. Siap!

Ayam Panggang Bermadu.

Bahan:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih yg besar
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit
2 batang serai
Daun rosemarry
*semua bahan di atas anda tumbuk atau blender hingga lumat

2 sudu gula
1 sudu garam
4 sudu besar madu
3 sudu minyak olive

Sebelah ayam.

Cara:
Lumurkan ayam bersama bahan kisar dan garam,gula,madu serta minyak olive. Lagi sedap kalau perap 1 jam dulu.

Bakar pada suhu 180C selama sejam.

*************

menu di atas aku masak semalam. Ayam lagi la, memandangkan itu je dalam peti ais yg ada..patut petang semalam keluar, tp tepon kena blok pulak..aku tak dapat reply sms asben. Lupa bayar maa.....ke aku tak perasan mana letak bill tepon.huhu

Simple je, tp pada tekak aku sedap la sebab aku mmg suka panggang-panggan ni...