17 Februari 2009

Colek Ikan Tenggiri & Tomyam Ayam.

Petang semalam untuk dinner aku masak colek ikan tenggiri dan tomyam ayam. Sedap sungguh hingga habis nasi seperiuk.Biasa masak 2 pot je pun..perut kami kecil-kecil belaka..itu pun biasa tak habis juga...hehe

Memang telah rancang nak buat colek ikan tenggiri dan tomyam ayam. Tomyam pula guna 2 ketul ayam je...lega, habis licin...kuahnya pun slurpp!! amat enak lah....



Tomyam Ayam.


Resepi:
2 ketul dada ayam potong kecil-kecil *macam kat kedai tu ha...
1 batang batang saderi ambil akar dan batangnya - cuci bersih2
2 helai duan limau purut
2 batang serai di titik
4 biji limau purut ambil jus
1 labu bawang besar belah 8
10 biji cili padi *kalau tak rela pedas sila kurangkan kuantitinya.
1 biji tomato belah 6
1 kiub ikan bilis
2 sudu besar pes tom yam thai
air secukupnya

garam & gula

Cara2 masak:
rebus ayam bersama pes tomyam hingga ayam hampir masak. Kemudian masukkan serai,bawang besar, batang/akar saderi, cili padi, kiub bilis, tomato renih hingga masak.Hampir masak masukkan daun limau purut. Masukkan gula dan garam. Rasa masin manisnya. Last sekali masukkan jus limau.Kacau rata dan tabur daun saderi.



Colek tenggiri paling lazat pernah rasa. Terima kasih kepada Mat Gebu titipkan resepi ini. Ya Allah, memang terasa sangat keenakkan dan kemanisan ikannya. Aku beli seketul ikan tenggiri saja nak test dulu. Wallah rupanya mmg sedap! Lepas ni kena spare ikan ni byk dlm peti ais. Korang, kalau makan colek ini dgn nasi panas2 pun dah cukup menyelerakan. kena pula aku mmg hantu kerabu nih.....


Colek Tenggiri

Ikan tenggiri perap kunyit dan garam, goreng dan tepikan.

5 biji cili padi* tumbuk
1/2 inci belacan* tumbuk
garam *tumbuk

Tomato-potong dadu
Bawang besar-potong dadu
3 tangkai saderi-racik halus.

2 sudu gula
1 biji lemon ambil jusnya.


Cara.
Racik2 ikan tesebut. Gaul bersama semua bahan tadi. SEDAPPP!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..