Terima kasih sentiasa menyokong & mengikuti kelas fitness saya. Workout yang all in one, mmg terbaek utk anda.
Memaparkan catatan dengan label ZUMBA & AEROBIC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZUMBA & AEROBIC. Papar semua catatan
13 Mei 2016
29 Mac 2016
Zumba Fitness, Zafina Fitness, Aerodance, Muscle Conditioning, Piloxing, Zumba Step bersama ZIN Fizan (Kota Bharu, Kelantan)
Assalamualaikum.. perghhh lama betul tak update blog. Selamat tahun baru 2016!!! hahaha
ok la, akak tak de apa nk cerita...banyak aktiviti fitness akak je la.. nak update anak-anak masing-masing dah besor panjang. sorang duduk asrama, 2 orang tu sekolah pagi sampai malam termasuk mengaji & kelas tambahan. begitu je la rutin harian akak...
akak pon isi masa lapang dengan fitness akak lah. bosan duduk rumah, kita keluar bersenam. bezanya akak pergi mengajar orang. ini memang minat dari sekolah rendah. sekolah rendah akak wakil sekolah sukan sampai masuk universiti. dah biasa... berhenti kejap bila kawin & beranak je. ada orang ingat, (sebab kita di kelantan ni orang luar je, tak de pon kenal kita..jadi ni kita nk cerita la asal usul kita) akak boleh kira join fitness sejak zaman sekolah. kita memang atlit sekolah wakil negeri. kita memang wakil sekolah main bola jaring & bola baling wakil sekolah & negeri. sambung universiti benda2 berkaitan sukan memang tak boleh tinggal. bila dah tua ni kita join benda yang sesuai dengan usia. takkan nk berlari di balapan lagi kot haha... bila kita jadi instructor, ada la mata2 menjeling sampai juling. ada la mulut senget senget mengejek. emmm jom lawan lari 400 meter. kau mampu lagi tak? akak rasa, akak boleh lagi...cuma slow je kikiki jangan marah eh.
kepada kaum wanita di Kota Bharu, Pengkalan Chepa atau mana-mana kawasan yang berdekatan kalau mencari Instructor untuk kelas anda (private @ fitness) contact la akak (016-3342508 - whatapps saja ye).
kalau nk datang kelas akak pon boleh sila whatsapps juga untuk details. Kelas ni hanya untuk WANITA SAHAJA. tertutup dan lebih selesa nk bersenam.
akak ajar ZUMBA FITNESS, ZAFINA FITNESS, AERODANCE, MUSCLE CONDITIONING, PILOXING*COMING SOON, ZUMBA STEP. - untuk makluman, akak ada LESEN ya untuk semua fitness tersebut. bukan HARAM punya. ini SAH punye. don't worry. haram haram tak main... tak baik kan..itu bukan cara akak..
so, jangan malu..jangan segan..mari belako deh... students akak mmg sporting belako...ramah belako...semua beginner..semua baru nk belajar bersenam...nak sihat..nak slim...nk mentain stamina...
JOM semua. CEGAH SEBELUM TERLAMBAT!
Fizan Nazira
Fitness Instructor
016-3342508 (whatsapps)
16 Oktober 2015
Hari Sukan Negara 2015 - Zumba Fitness di ILP, Kota Bharu Kelantan
Terima kasih pengurusan ILP, Kota Bharu menjemput saya sebagai Instructor Zumba sempena Hari Sukan Negara pada 10.10.2015 (sabtu) tadi. Menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia turun bersenam.
Saya hanya instruct pelajar & staff wanita sahaja di dalam dewan manakala pelajar lelaki melakukan senaman di padang. Tiada percampuran lelaki dan wanita. Ini adalah sebaik baiknya dan saya selesa dalam keadaan begini.
Terima kasih kepadap pelajar yang memberikan kerjasama. Anda masih muda, bersenam di usia muda tidak merugikan langsung. Malahan ia banyak memberikan kesan positif di masa depan kelak.
Ada rezeki jumpa lagi.
23 Ogos 2015
30 Jun 2015
17 Jun 2015
16 Jun 2015
Langgan:
Catatan (Atom)












































