Pages

Memaparkan catatan dengan label HAPPY NEW YEAR 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HAPPY NEW YEAR 2009. Papar semua catatan

28 Jun 2010

Report Card Zulaika Ardini


Sebelum cuti ke Laketown Resort tempohari, selama seminggu Zulaika ada periksa. Ini periksa pertama dalam alam persekolahan dia... mulanya aku memang risau betul dengan dia ni.... maklum la, dia ni lasak semacam dari baby lg....

Aku risau dia tak boleh buat.... tak boleh mengira ke... dan tak boleh menulis since aku tau tulisan dia biasanya...hu hu..dia sendiri pun tak boleh baca...


Dalam minggu lepas, dia ada bawa lah balik kertas periksa dia... wah, teruja betul aku tengok keputusan dia... ada 100...ada 90++, ada 80++ dan 70++.... seronok lah aku.... en daddy pun senyum je kan.... tak sangka la kan, pandai juga dia.... dalam dok hari-hari hadap komputer main game, sampai dia pulak mengajar aku main game...

Tapi, bila dia bawak balik report card....... ingatkan dapat dah anak aku ni no. 1 ke..no.2 ke kan...rupanya no.21 dari 25 orang pelajar kelas dia... tu dia aih, maknanya....ramai la budak kelas dia dapat 100 markah.... kemain dia seronok bagitau angka dia dapat tu.... dia kata kawan dia dapat no.2 bawah (maknanya kawan dia tu dapat no.2 la)...dia tinggi la tu kut... huk huk!



Apa pun, aku tetap bersyukur...sekurang-kurangnya..dalam meraung dia masa memula nak hantar sekolah, dia masih boleh belajar...dalam lasak dia tu, dia masih boleh mengira... Syukur Alhamdulillah.... tulisan dia pun semakin kemas dan cantik la di mata aku....

cuma sekarang, aku dah catu.... tak boleh main game lagi dah.... nak main, waktu cuti je.... semua aku dah simpan....


Aku doakan, semoga anak ku ini...menjadi seorang yang cerdik...seorang yang cerah hati...berjaya dalam hidup dan kerjayanya nanti... Amin.


** Aleeya demam hari Ahad..muntah-muntah sampai malam...hari Ahad dia dah ponteng... nasib baik hari Isnin dia pergi sekolah... rupanya dah mulai periksa... rasa nak marah pun ada, tak ada pula dapat notis dr sekolah....Aleeya pun tak beritahu dia ada periksa....aiseh.....sekolah kena sediakan takwim la untuk ibu bapa..... aku harap Aleeya boleh buat la ujian dia semalam (Isnin).



Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

26 Jun 2010

Bengkel Fotografi 2


Perkara: Advance DSLR Nikon
Tempat: Grand River View Hotel, KB
Masa: 9.00am - 5.00 ptg



Hari kedua... makcik kenit ni ikut.... last minute en daddy ada meeting pulak kat opis dia. Aku bawak izzaty, hat lagi 2 orang kena la tinggal kat rumah. Masa pergi tu, Zulaika tido lagi.... dah agak, mesti dia bangun lambat. Jam 12 br dia bangun kata en. daddy yg balik sekejap ke rumah tengok budak-budak ni. Belajar ler berdikari ek...dorang pun dah besar & faham bila bagitahu beberapa arahan.Kalau kecik lagi, tak pernah lah aku tinggal di rumah sekejap pun.... janji dgn En daddy habis dia meeting, kena la datang ambil izzaty di hotel pula...

Dari jam 9.00 pagi - 12.00 t/hari makcik kenit ni happy je. Aku awal lagi dah bawa buku mewarna dia..gula-gula...botol susu dia.... Boleh lah gagah dia diam je dlm bilik tu sementara En Mahfuz bagi lecture.. tapi ada juga selingan dia gelak sorang-sorang waktu mewarna..tanya aku apa benda yang ada kat slide...sibuk nak picit kamera aku.... Masuk je jam 12 t/hari tu dia dah start 'meggaruk' lah... dah sibuk ajak aku balik...sibuk cari daddy la, sibuk tanya kakak dia.... sekali dia dah sebut nak balik....asik merengek tu je la.... sebenarnya dia dah mengantuk..nak tido.... kena pulak time tu praktikal. Adess..kena la aku sms daddy dia tanya. Sempat gak tu meraung...huhu

Bawak gi toilet, basahkan muka dia..... diam la kejap...


Baru balik tandas.... diam dah time ni... aku tinggalkan je kat kerusi..hehe dia dah lalok sangat tu... aku suruh baring. Daddy dah bagitau on d way nak ambil dia...



'Hanyut' dah waktu ni. Sempat la 15 minit tido, daddy pun sampai...




Antara tugasan yang diberikan.....


Termasuk beg anak aku pun dorang lenjankan jugak....



continue with photoshoot wif model



Coretan,Fizan Wan Pani

post signature

25 Jun 2010

Bengkel Fotografi 1


Gambar hiasan..kawan baru sebelah aku.



Perkara: Bengkel Fotografi DSLR Nikon
Tempat: Grand River View Hotel, Kota Bharu
Masa: 3.00 petang - 7.00 petang
Silibus: Basic DSLR





Wakil Nikon, En. Mahfuz... tengok aksesori lens yang beliau miliki...meleleh beb.... dapat lense RM400 pun dah syukur la.. nk beli hat lain, tu...mengikut keperluan... kalau u ada job, u boleh tambah aksesori...kalau setakat suka-suka, better guna je mana yg ada.... yang penting, teknik mesti betul.



Hari pertama adalah belajar basik. Belajar fungsi button. Ni kes kalau malas baca manual, elok la sangat. Juga kalau dah baca manual, pun tak faham juga pun elok la datang. Banyak juga aku belajar benda baru di sini...walaupun basik saja....



Try zoom gelas ni....



Anak-anak aku, en daddy lah tolong jagakan...terima kasih darling.. Balik bengkel, singgah KB Mall pergi makan..macam biasa lokasi kami adalah Rasa Ayamas.




Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

21 Jun 2010

Sotong Bakar


Pernah tak tengok benda ini? Rasanya di tempat lain memang tiada. Hanya di pantai timur terutamanya di Kelantan kut ada. Ini adalah sotong kering. Sejak aku menetap di Kelantan ni, tak pernah aku beli walaupun mana-mana mesti ada gerai (jenis tolak) tu menjual sotong ini. Aku memikirkan mesti mengambil masa yang lama nanti makcik/pakcik tu bakar (ada tempat membakar juga di gerai bergerak ni).

Walaupun hati meruntun nak beli sebab... sotong ni memang dah termasuk kategori kegemaran. Hati nak singgah...tapi pikirkan budak-budak mana boleh tunggu lama.... alahai, rupanya sekejap je prosesnya! Harga sekeping sotong ni tak pasti, lupa pula, makcik tu ada beritahu..tapi yang ingat, aku beli RM5

Sebenarnya... bukanlah bakar sotong seperti tergantung tu...kalau begitu pasti lah liat kan... sotong tu perlu di gelek terlebih dahulu. Mesin penggelek tu seperti mesin pengisar air tebu (saiz lebih kecil seperti mesin membuat mee). Maka, anda bayangkan.... sotong yg biasa terdapat dalam paket tu..yang dah siap jadi memanjang.... itulah rupanya bila siap di gelek.



Proses seterusnya adalah membakar dalam masa 2-3 minit... Itu saja... dan dibekalkan sekali dengan 'colek'/cicah/sos yang dibuat sendiri.

komen aku: SEDAP!!! ~ makan sorang je tau...

pertama kali beli...rasa nanti akan beli lagi..dan lagi...




Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

Naik Kuda


Tiba-tiba Izzaty berani pulak naik kuda... ingatkan aku kena naik sekali dengan dia..haha tp bila akak tu pegang dia, dia menggaruk gak la menggelabah kecut... bila habis 1 round, nampak je aku terus nak turun....




Budak berdua ni last minute dah nak habis baru dapat naik. Masa izzaty naik awal tu, dorang berdua ada kelas tuisyen... kebetulan je lalu sini ternampak ada sesi menunggang kuda.... tu yang pergi. Dapat lah seorang se'round' pusing situ...Dalam kereta Izzaty pulak dah cakap pasal kuda ni.. melompat la berdua ni bila dengar... nasib baik boleh lagi naik walaupun hari dah nak Maghrib.

1 round untuk kanak-kanak RM2. Kuda pun kecik je lagi ha... sesuai la pun untuk kanak-kanak...


Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

20 Jun 2010

Mini MAHA






Tengok gambar je la... tak ada apa yang menarik pun. Pergi dalam jam 4 petang.. semua orang dah berkemas balik. tiggal ler saki baki ini saja.



Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

13 Jun 2010

K.A.M.I @ Ipoh


Hari berikutnya kami bermalam di Ipoh pula. Tak pernah aku menginap di Ipoh u ols..biasa terus je balik ke Sungkai, rumah parents aku... kali ni saje la nak tido kat sini... yang penting, nak jumpa kawan lama semasa belajar di UPM dulu Mr Jeya. Actually hotel kami menginap tu, dia la tolong carikan...terima kasih Jeya.

Berpandukan GPS dari Lumut, sekejap je sampai terus ke hotel. Bak kata kak Ita, dia nampak kereta aku parking kat Fresh Hotel tu kan...haha memang le betui pun.... Aku ingat, kalau tak ada GPS, harus la sesat barat dah kitorang..ntah ke mana hala tuju dah...alih2 cari highway je la kut....terus balik Sungkai..wakaka

YUHUUU!! buat pertama kali dalam hidup anak-anak aku.... kami bawa dorang tengok WAYANG di IPOH PARADE!. Mula petang tu, lepas hantor beg ke bilik hotel, terus picit2 GPS lagik cari mall yang best di Ipoh. Erm, di Ipoh Parade petang tu ada citer Lagenda BUdak Setan aje... citer kanak-kanak malam pulak dah.. jadi alang-alang nak tengok.... mak bapak ler layan citer Lagenda Budak Setan tu kan.... sedap + best juga citer tu... lama dah tak tengok wayang...sejak dari beranakkan si Aleeya.... tak pernah dah jejak kaki ke panggung.... budak-budak?? macam biasa 30 minit pertama je mau duduk atas kerusi..lepas tu dah mula kepanasan punggung sebab bukan cerita dorang kan.... hu hu...

Habis cerita, disebabkan lutut Aleeya sakit, jalan pun dah dengkot-dengkot kesakitan akibat jatuh di hotel masa kat Lumut...kami terus je balik lepas tu...

Malam seperti di janjikan...jam 8.30malam Jeya datang ke hotel bersama wife dan anaknya.... kitorang pergi makan di restoren ala SeaFood. Dia kata susah nak cari restoren Melayu di kawasan tu... nasib baik ada restoren tu yg memang sedap la masakannya..... Thanks Jeya belanjer kami makan..



Ni sebelum berangkat ke Sungkai, macam biasa singgah dulu Kinta City. Wei!!! Nape tak pergi Memory Lane??? Nape tak pergi KK HOme Deco??? aduiii nape la aku tak teringat langsung??? patut ler aku rasa macam ada sesuatu yang belum aku buat masa kat Ipoh ni..........waaaa waaaaa rugi!! rugi!!

Jam 1.30ptg, en daddy gi beli tiket wayang lagi...............kami tengok SHREK!!! WOW!! anak aku suka la!! tak terangkat langsung bontot dorang di seat punya la best citer tu..kecuali Izzaty je la..asik ulang alik kerusi...dia tak reti sangat lagi nak hayati cirita kan....maafkan dia ya.


Lepas tu..kami terus menuju ke Sungkai!! Kampung Halaman ku....




Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

12 Jun 2010

Suping @ Lumut


Syida membawa kami membeli belah di sini... tak jauh ler dari hotel penginapan. Pagi tu pengunjung pun tak ramai lagi.. kami je yang menyerbu ke sini...so agak selesa gak lah. Produk makanan laut di sini agak murah juga... RM10 3 peket *bergantung jenis. Silap ler beli sikit.... tak sampai pun RM50... sedap le pulak!!

Beli bilis, beli belacan..ermm silap tak beli banyak..haha semua kesilapan belaka.... agak2 sedap belacan tu kan, kirim kat Syidah je la kan.... boleh dia jadi tokei belacan pulak lepas ni... tak sempat nak jalan mana dah, si Syidah pun ada kerja mesti kena balik kampung di Bota... maka, itulah pertemuan terakhir yang pasti akan bertemu kembali Insya-Allah.



Model ikan bilis...



Pilih! pilih! bilis macam-macam jenis..macam-macam harga..yang pasti FRESH dan BERSIH je keadaannya...




Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

9 Jun 2010

Malam di Lumut dan Hari ke-2 Gathering


Malam di Lumut, selepas siangnya kami makan makan..gosip gosip di bilik kak zu (macam biasa la tu..mesti lepak bilik kak zu punyer..har har)... perut rasa lapor.... ingat nak makan kat gerai hujung bawah hotel.... weih!!! Nasib baik asben ajak gi Lumut cari makan.... kalau tunggu kat gerai tu, bak kata Intan....sempat anak dia berak 3 kali turun naik hotel.... nasik tak nampak bayang....sotong dia dah siap timbang boleh pulak kehabisan!! Logik ke tak logik???! Hangin je badan..perut dah ler lapor, nasib baik ada yang tak makan penampor...

Kitorang gi Lumut, biasa le malam cuti gitu....10 kali pusing cari parking pun berjanggut.... Dapat je parking, terus terpa Cafe tepi jeti tu. Owner dia orang putih.. sangat ler manis mulut. Biasa la kan, minah salleh ni berbudi bahasa ler gitu... siap dia tanya sedap ke makanan dia? serbis ok ke? ~ cakap MELAYU hokey... fasih....

Lupa nak snap makanan, makan udang + fun fries + salad... dan ais kacang ni...SEDAPPPNYER!! dah la lapor dan dahaga.....





Lepas tu jalan-jalan tepi jeti tu... sampai ler ke hujungnya ada fun fair.. tergedik2 anak aku nak naik benda alah pusing-pusing ni...kejap jer pun, 1 token sekali naik. 1 token = RM2.

Abaikan anak aku si Zulaika tu memang gitu..kalau mai mood dia, sampai baring-baring dia soh aku ambil gambar dia... tu dia kunun jadi dolphin la kan.... sebab setiap jalan tu ada la bentuk dolphin... berbaring-baring dia ber'imaginasi' begitu... layankan saja.......





Keesokannya, jam 9.30 pagi aku siap bawak turun beg tu..haha dah letak dalam kereta...pastu pergi breakfast. Hotel ni best!! siap ada breakfast untuk 3 orang.... berbaloi ler aku rasa..... dalam makan tu sempat lagi sambung gosip....haha banyak benda nak diceritakan.. biasa la, jumpa alam realiti ni bukan senang... kami kenal pun melalui forum... wujudkan satu kelab negeri.. ini lah kami dari tahun 2006 sehingga sekarang masih rapat. biasa la kan, satu negeri ~ PERAK walaupun menetapnya berjauhan... sekarang teknologi semakin canggih... adanya internet.... duduk oversea pun masih dapat berhubungan....apatalah lagi sekadar over river saje.... ;)

Insya-Allah tahun depan kami akan buat lagi gathering... kena tengok tarikh yang sesuai...tengok lokasi... tengok hotel kut ada promotion... moh kita yong!!!




Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

Bukit Merah LakeTown Resort DAY 2- Ecopark & Mandi Mandi


Hari ke-2 di Bukit Merah (4 June) kami pergi semula ke LakeTown Resort untuk memenuhi tiket yang dibeli (Combo). Semalam tak larat ler jalan semua..mau patah kaki....hu hu... selepas jam 2 petang, kami pun berangkat ke sana. Tak la jauh mana dari hotel...kejap je.... parking dah full!

Destinasi pertama sebelum mandi manda..kami ke Ecopark dulu. Tengok monyet, tengok burung, tengok beruang, tengok ular, tengok buaya, tengok haiwan ternakan dan tengok Pertunjukan Haiwan seperti Parrot ini, beruk dan memerang...hihi penuh stage petang ni dengan kanak-kanak tadika dari Kedah...




Sesi bergambar bersama parrot, RM1 dikenakan untuk kebajikan haiwan-haiwan ini....



Bijak....bijak....

***************




Selepas bermandi manda sehingga waktu tutup park ni (6.30ptg), kepala pun sakit....kulit pun perit terbakar, mata pun dah merah bengkak...haha sempat bergambar di luar park. Waktu ni dah jam 7 petang..ramai dah balik.....

Sebelum balik hotel, kami makan dulu...harga boleh tahan juga murah....tak ler mahal macam tempat lain...aku rasa berpatutan....macam makan kat kedai biasa je....


Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature