Pages

28 Jun 2010

Report Card Zulaika Ardini


Sebelum cuti ke Laketown Resort tempohari, selama seminggu Zulaika ada periksa. Ini periksa pertama dalam alam persekolahan dia... mulanya aku memang risau betul dengan dia ni.... maklum la, dia ni lasak semacam dari baby lg....

Aku risau dia tak boleh buat.... tak boleh mengira ke... dan tak boleh menulis since aku tau tulisan dia biasanya...hu hu..dia sendiri pun tak boleh baca...


Dalam minggu lepas, dia ada bawa lah balik kertas periksa dia... wah, teruja betul aku tengok keputusan dia... ada 100...ada 90++, ada 80++ dan 70++.... seronok lah aku.... en daddy pun senyum je kan.... tak sangka la kan, pandai juga dia.... dalam dok hari-hari hadap komputer main game, sampai dia pulak mengajar aku main game...

Tapi, bila dia bawak balik report card....... ingatkan dapat dah anak aku ni no. 1 ke..no.2 ke kan...rupanya no.21 dari 25 orang pelajar kelas dia... tu dia aih, maknanya....ramai la budak kelas dia dapat 100 markah.... kemain dia seronok bagitau angka dia dapat tu.... dia kata kawan dia dapat no.2 bawah (maknanya kawan dia tu dapat no.2 la)...dia tinggi la tu kut... huk huk!



Apa pun, aku tetap bersyukur...sekurang-kurangnya..dalam meraung dia masa memula nak hantar sekolah, dia masih boleh belajar...dalam lasak dia tu, dia masih boleh mengira... Syukur Alhamdulillah.... tulisan dia pun semakin kemas dan cantik la di mata aku....

cuma sekarang, aku dah catu.... tak boleh main game lagi dah.... nak main, waktu cuti je.... semua aku dah simpan....


Aku doakan, semoga anak ku ini...menjadi seorang yang cerdik...seorang yang cerah hati...berjaya dalam hidup dan kerjayanya nanti... Amin.


** Aleeya demam hari Ahad..muntah-muntah sampai malam...hari Ahad dia dah ponteng... nasib baik hari Isnin dia pergi sekolah... rupanya dah mulai periksa... rasa nak marah pun ada, tak ada pula dapat notis dr sekolah....Aleeya pun tak beritahu dia ada periksa....aiseh.....sekolah kena sediakan takwim la untuk ibu bapa..... aku harap Aleeya boleh buat la ujian dia semalam (Isnin).



Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..