26 Jun 2010

Bengkel Fotografi 2


Perkara: Advance DSLR Nikon
Tempat: Grand River View Hotel, KB
Masa: 9.00am - 5.00 ptg



Hari kedua... makcik kenit ni ikut.... last minute en daddy ada meeting pulak kat opis dia. Aku bawak izzaty, hat lagi 2 orang kena la tinggal kat rumah. Masa pergi tu, Zulaika tido lagi.... dah agak, mesti dia bangun lambat. Jam 12 br dia bangun kata en. daddy yg balik sekejap ke rumah tengok budak-budak ni. Belajar ler berdikari ek...dorang pun dah besar & faham bila bagitahu beberapa arahan.Kalau kecik lagi, tak pernah lah aku tinggal di rumah sekejap pun.... janji dgn En daddy habis dia meeting, kena la datang ambil izzaty di hotel pula...

Dari jam 9.00 pagi - 12.00 t/hari makcik kenit ni happy je. Aku awal lagi dah bawa buku mewarna dia..gula-gula...botol susu dia.... Boleh lah gagah dia diam je dlm bilik tu sementara En Mahfuz bagi lecture.. tapi ada juga selingan dia gelak sorang-sorang waktu mewarna..tanya aku apa benda yang ada kat slide...sibuk nak picit kamera aku.... Masuk je jam 12 t/hari tu dia dah start 'meggaruk' lah... dah sibuk ajak aku balik...sibuk cari daddy la, sibuk tanya kakak dia.... sekali dia dah sebut nak balik....asik merengek tu je la.... sebenarnya dia dah mengantuk..nak tido.... kena pulak time tu praktikal. Adess..kena la aku sms daddy dia tanya. Sempat gak tu meraung...huhu

Bawak gi toilet, basahkan muka dia..... diam la kejap...


Baru balik tandas.... diam dah time ni... aku tinggalkan je kat kerusi..hehe dia dah lalok sangat tu... aku suruh baring. Daddy dah bagitau on d way nak ambil dia...



'Hanyut' dah waktu ni. Sempat la 15 minit tido, daddy pun sampai...




Antara tugasan yang diberikan.....


Termasuk beg anak aku pun dorang lenjankan jugak....



continue with photoshoot wif model



Coretan,Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..