Memaparkan catatan dengan label Not Really SharpshooteR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Not Really SharpshooteR. Papar semua catatan
19 Jun 2019
Sarapan Pagi Kedai Minum Din Tokyo
Kedai Kopi Din Tokyo.
Pagi ni kita cari sarapan telur rebus separuh masak 'ping pong' dan kopi 'O' kosong di Kedai Abang Din.
Setakat ni, ini antara kedai sarapan pagi terbaik kalau nak cari telur separuh masak. Kena dengan tekak dan selera saya sejak dulu.
Masih kekalkan 'style' kedai minum lama. Peniaga bersama dapur dan perkakasan membuat air di tengah manakala meja kerusi berada di sekelilingnya. Senang nak ambil dan hantar pesanan.
Kalau nak makan juadah lain pon ada. Masakan panas seperti meehun, mee goreng dengan telur mata atau juadah bungkus seperti nasi air dingin, nasi lemak, nasi tumpang, nasi impit dengan sambal dan kuih muih. Roti canai pon ada, boleh pesan di situ.
Datang awal pagi, cepat sampai cepat balik konsepnya. Yang penting pesanan cepat di sediakan.
LOKASI : Kedai Kopi Din Tokyo. Jalan Tok Hakim. Kota Bharu. Kelantan
Benda sedap kita kongsi. Tak sedap diam-diam je.
-FIZAN NAZIRA-
18 Jun 2019
Restoren Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu, Kelantan
Makan tengahari kali ni cari lauk kampung la pulak. Sambil-sambil nak cari barang sikit di Pasar Siti Khadijah.
Kita singgah Restoren Nasi Ulam Cikgu. Antara restoren yang tersohor di Kota Bharu, Kelantan.
Menu utama yang popular kat sini mesti lah pelbagai ulaman segar, ikan keli goreng, ayam goreng, pelbagai menu lauk pauk berkuah yang sesuai untuk semua peringkat usia makan.
Ada pulak budu siap dengan aksesori pelengkap rasa terangkat budu tu seperti bawang hiris, serai racik halus, cili padi, pelam racik halus dan limau. Campur semua, gaul-gaul lepas tu perah limau.
Pergh!!! Merecik tak air liur korang?
Semua layan sendiri. Kaut sendiri, hidang sendiri. Air pon ada siap letak dalam jug. Air sirap selasih atau sirap bandung atau air kosong. Ambil sendiri. Nanti ada budak datang kira. Harga memang mampu makan. Murah je.
Nak makan dengan selesa dan tenang datang la dalam jam 11.00 pagi gitu. Tak ramai orang lagi. Ulam dan lauk pon banyak pilihan. Kalau datang waktu pekerja berehat penat la sikit. Parking susah dapat, lauk pon tak banyak pilihan. Berlaga-laga tangan nak ambil ulam nanti.
Puas hati lah. Kalau saya teringin nak makan ulam dan lauk kampung, datang sini je beli bungkus. Bawa balik. Makan di rumah. Lagi dua, tiga kali sedap.
Rasa-rasa nak beli barangan kraftangan buat penyeri dekorasi ada juga kedai-kedai di sekeliling tu jual. Sambil-sambil tu ambil masa melawat Muzium Kraftangan di atas restoren. Sekali harung jimat masa.
LOKASI : RESTOREN NASI ULAM CIKGU. Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota. Kota Bharu. Kelantan.
FIZAN NAZIRA
- makan ulam awet muda-
5 Julai 2011
Bukan Senang Nak Jadi Fotograper
Buat masa ni cukup la apa yang ada gadget aku. Nak menambah aksesori, ermmm baik aku buat modal niaga..haha ada untung lain kali tambah lagi.
Bukan senang nak mengambil gambar. Dulu, pakai belasah je..janji terang. Banyak yang kena belajar..komposisi, cahaya, subjek macam-macam lagi lah. Tangan gigil pun tak boleh. Make sure sebelum pergi shoot, makan la secukupnya.. nanti parkinson pulak.
Di Kelantan ni banyak group photog. Tapi, tak ramai perempuan. Majoriti yang aktif dlm group adalah lelaki. Coz dorang rajin keluar pun petang/senja atau subuh/pagi. Waktu macam ni adalah paling cantik, paling sesuai kalau nak ambil gambar. Fanomena sangat cantik tahu??! Orang perempuan?? agak tidak sesuai la outing time gini.. time inilah nak bagi makan anak laki..time ini la nak siapkan anak sekolah..siapkan kerja rumah ye dak...ermmmm
Entah bila dapat joint outing ni... teringin lah!! Selalu ambil gambar anak-anak je la..hihi
26 Jun 2011
My nikkor lens 50mm 1.8

Hello fellas..
As u know.. Ahkak kan wajib mengambil gambar produk jarak dekat. Selagi tak dekat akak tak nampak maklum rabun.
Melengkapkan keperluan wajib akak dapatkan lens inu. Yesss!! Akak guna duit untung biz kecilan akak itu. Alhamdulillah..
Banyak dah akak beli pakai duit poket sendiri termasuk Smocking Machine yg akak x penah guna lagi.. Nanti la akak kena asah bakat menyulam semula. Rindu nak buat bullion roses!!
- Posted using BlogPress from my iPhone
25 Jun 2011
My new gadjet - nissin mark II Di622

Setelah hampir beberapa tahun, baru dapat speedflash. Alhamdulillah sabar menanti akhirnya dapat pd harga yang cukup murah untuk model ini.
New box original with 1 yr warranty. Boleh bounce, pusing, dongak bagai. I like!!!
Thanks to my hubster coz sponsor me this speedlight. Actually i got my others baby also. That is my new lens at the same time using my own money.
Cukup buat ms ni. mau praktis dan praktis.. Photoshoot my product- fizan handmade & my family.
Choew
- Posted using BlogPress from my iPhone
16 Jun 2011
HDR: Menara Jam Hotel Ridel, Kelantan

aku memang minat HDR. ini kali ke-2 aku practise HDR. cara, buat braketing saja. tapi masa snap this pic, aku tak bawak tripod.. handheld saja..
next time buat HDR lain pulak ye.
kredit: http://photo-sosiology.blogspot.com/
11 Jun 2011
feeling mcm di Ausse ^^

musim luruh... LOL!
feeling mcm di New Zealand gitu... tapi sebenarnya di persisir Sungai Kelantan saja..
Tengahari tadi sementara nak tunggu anak aku habis kelas tuisyen.. aku singgah kejap di Jeti D Raja bersebelahan Hotel Ridel, Kelantan. Dulu kawasan ni adalah gerai makan. Tapi telah di bangunkan menjadi jeti. Gerai tu dah roboh lah. Than, pejabat Kastam pun dah upgrade buat bangunan baru.. Ok lah, nampak lebih tinggi.. dulu kalau banjir, kawasan ni ler akan di naiki air.. kawasan ni la pun port 'pesta air' dorang datang ramai-ramai main air kat sini.. siap berpelampung bagai.. sabor je le...
Ok hari ni tak puasa.. byk kerja keluar dari pagi-t/hari.. kang en. husband makan sorang.. sian plak aku terliur.. LOL!
20 Mei 2011
new PHOTOGRAPHY BLOG ++ photo-sosiology ++

Assalamualaikum dear,
Nak inform aku dah asingkan gambar-gambar dan entry yang berkaitan dengan photografi di dalam blog lain iaitu PHOTO-SOSIOLOGY atau u ols boleh klik gambar bunga di atas tu ye.
Still newbie... still learn & still practise.
Jemput singgah!

18 Mei 2011
Kerja Suka Suka: Star Light

Subuh sapie aku saja mencuba nak buat 'star' pada lampu jalan. Lokasi tak lain tak bukan depan rumah sendiri saja.. abaikan keadaan serabut yang ada. Tujuan saja hendak mencuba pelajaran malam tadi setelah membaca beberapa blog yang di lawati.
Menggunakan tripod, ISO paling kecik, speed paling perlahan dan aperture f22 aku cuba membidik. Hasilnya macam ni.. tak sempat nak cuba aperture lain, kereta menderu dah ada yang pergi sekolah, ada yang pergi keje.. sebelum aku kena langgar, esok saja sambung.
Practise more better than theory!

22 April 2011
20 April 2011
mentari pagi ~ cantiknya ..

Jam 6.35 pagi aku keluar rumah. Seperti biasa nak panaskan enjin kereta sebelum hantar anak aku ke sekolah. terpandang di atas sana.......... Wah!! cantiknya.. Nampak seperti mendung, tetapi ada selitan cahaya mentari pagi yang muncul.

beberapa minit kemudian.. lebih terang.

huh.. cantiknya... lebih cantik jika dapat mengambilnya di pesisiran pantai ^^,
6 April 2011
5 April 2011
Vibration ~ (Street Light Painting)

ce teka! ce teka! siapa tahu lokasi ni di mana?
Ater... benornye.. aku sesaje je mencuba menembak menggunakan teknik slow shutter . Tapi, teknik ni tak berapa menjadi kalau aku duduk dalam kerete..tengah speed laju pulak tu..dengan jalan yang berlubang.. patutnye, aku kena stay di atas jambatan/jentas @ kalau dlm kereta pun mesti jalan yg licin & lancar.
Ini baru permulaan.. nanti akan di cuba lagi.. dan lagi.. dan lagi..
enjoy!

Senjakala

Sudah lama tidak melihat cahaya senjakala sejak dari akhir tahun lepas. Mana tidaknya.. selama itu lah bumi Cik Siti Wan Kembang sentiasa di basahi hujan. Sejak seminggu ni cuaca semakin pulih. Di gantikan dengan panas yang terik..
Petang semalam dapat aku merakamkan panorama senjakala hanya di belakang rumah *SIGH*.. sorry, tak de view menarik selain hanya di belakang rumah sajoo..haha
Waktu senjakala begini, jangan le duduk luar rumah lama-lama.. waktu ni ler segala syaitan & jin mulai keluar....
31 Mac 2011
Aksi Lompatan
3 Oktober 2010
Mari Berskipping...

Aktiviti di taman tempohari adalah bermain skipping. Rumah nan sekangkang kera nak libas tali pun tak muat di dalam rumah. Sangkut di kipas kekdahnya.... jadi alternatif selain laman rumah merangkap porch kereta yang kecil tu pun tak boleh, maka ke taman jugalah akhirnya... berlari melompat hatta berguling pun tak jadi masalah...
Aku siap buat lompat menari lagu 'Anak Kambing Patah Kaki' jugak tu... anak sulung aku sibuk tanya aku belajar nyanyi bila? Kecik dulu main macam tu ke? cemana aku boleh tau lagu tu? huhuhu nak menjawab pun dah letih, apatah lagi nak main...
Tali skipping pulak bawak 1 je... orangnya ada 3... berebut2 di situ nak pegang lah... nak lompat lah.... akhirnya semua give up.

3 si anak dara.
30 September 2010
16 Julai 2010
Awan Dr Jendela FireFlyz
Berkongsi kecantikan ciptaan-Nya. Subbahanallah...terpegun sejenak ketika menatap betapa cantiknya panorana ketika di udara.
Waktu ini, aku menaiki Firefly dalam perjalanan pulang dari Subang Airport - Pengkalan Chepa Airport dalam jam 6.50-7.20 petang (13 Julai 2010 ~ selasa).
Ada ketika keadaan cuaca terang cerah dan ada dilanda hujan mengikut kawasan yang dilalui. Yang pasti, sayup mata memandang itu Banjaran Titiwangsa dikabuti awan.
Seronok, dengan bantuan sahabat adik aku, aku dapat seat seorang (sebelah ku kosong) walaupun ketika itu penumpang memang ramai. Firefly kecil sedikit berbanding AirAsia, hanya dua seat 1 baris. Jadi, aku tidak la segan nak mengambil gambar... maklumlah masih amatur.
Gambar ke-2 terakhir adalah pemandangan ketika mentari melabuhkan dirinya. Sayup cahaya jingga nun di hujung sana...
Gambar terakhir, sejenak sebelum aku menutup lensa khuatir dengan keadaan cuaca yang gelap dan kapal terbang yang bergegar sedikit ketika merentasi awan gelap....

27 Mei 2010
Langgan:
Catatan (Atom)