Pages

3 Oktober 2010

Mari Berskipping...


Aktiviti di taman tempohari adalah bermain skipping. Rumah nan sekangkang kera nak libas tali pun tak muat di dalam rumah. Sangkut di kipas kekdahnya.... jadi alternatif selain laman rumah merangkap porch kereta yang kecil tu pun tak boleh, maka ke taman jugalah akhirnya... berlari melompat hatta berguling pun tak jadi masalah...

Aku siap buat lompat menari lagu 'Anak Kambing Patah Kaki' jugak tu... anak sulung aku sibuk tanya aku belajar nyanyi bila? Kecik dulu main macam tu ke? cemana aku boleh tau lagu tu? huhuhu nak menjawab pun dah letih, apatah lagi nak main...

Tali skipping pulak bawak 1 je... orangnya ada 3... berebut2 di situ nak pegang lah... nak lompat lah.... akhirnya semua give up.



3 si anak dara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..