Pages

18 Jun 2019

Restoren Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu, Kelantan







Makan tengahari kali ni cari lauk kampung la pulak. Sambil-sambil nak cari barang sikit di Pasar Siti Khadijah.

Kita singgah Restoren Nasi Ulam Cikgu. Antara restoren yang tersohor di Kota Bharu, Kelantan.

Menu utama yang popular kat sini mesti lah pelbagai ulaman segar, ikan keli goreng, ayam goreng, pelbagai menu lauk pauk berkuah yang sesuai untuk semua peringkat usia makan.

Ada pulak budu siap dengan aksesori pelengkap rasa terangkat budu tu seperti bawang hiris, serai racik halus, cili padi, pelam racik halus dan limau. Campur semua, gaul-gaul lepas tu perah limau.

Pergh!!! Merecik tak air liur korang?

Semua layan sendiri. Kaut sendiri, hidang sendiri. Air pon ada siap letak dalam jug. Air sirap selasih atau sirap bandung atau air kosong. Ambil sendiri. Nanti ada budak datang kira. Harga memang mampu makan. Murah je.

Nak makan dengan selesa dan tenang datang la dalam jam 11.00 pagi gitu. Tak ramai orang lagi. Ulam dan lauk pon banyak pilihan. Kalau datang waktu pekerja berehat penat la sikit. Parking susah dapat, lauk pon tak banyak pilihan. Berlaga-laga tangan nak ambil ulam nanti.

Puas hati lah. Kalau saya teringin nak makan ulam dan lauk kampung, datang sini je beli bungkus. Bawa balik. Makan di rumah. Lagi dua, tiga kali sedap.

Rasa-rasa nak beli barangan kraftangan buat penyeri dekorasi ada juga kedai-kedai di sekeliling tu jual. Sambil-sambil tu ambil masa melawat Muzium Kraftangan di atas restoren. Sekali harung jimat masa.

LOKASI : RESTOREN NASI ULAM CIKGU. Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota. Kota Bharu. Kelantan.

FIZAN NAZIRA
- makan ulam awet muda-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..