17 Jun 2019

Orkid Hiasan

Fanomena hiasan bunga orkid sekarang dalam dekorasi. Rumah saya ni tak lah besar mana nak letak hiasan meja. Ada lah sikit-sikit hiasan bunga rose zaman dulu-kala. Orang ada bunga orkid ni, kita pon nak juga. Tak nak kalah walau sepasu. Niat tu dah lama nak cuba deko sendiri. Cuma bila lalu depan kedai memang tak ingat nak beli apa. Ada masa sikit ni, kita cuba la asah bakat. Bukan nak caras rezeki orang. Setakat sepasu je pon.

Boleh tahan harga bunga orkid latex ni. Ikut jenis dan material. Dari semurah RM5 hingga RM22 sepohon. Kalau yang mahal tu nampak macam pokok betul. Yang murah tu terserlah ciplaknya. Belum harga pasu, span, daun tipu, lumut dan lain-lain aksesori. Patut la mahal ya amat orkid hiasan ni di pasaran. Modal saja berpuluh-puluh ringgit.

Kalau 2, 3 pohon orkid lain harga. Kalau nak merimbun atas meja tu sedia la ongkos pon kena rimbun juga la. Itu sebab benda seni ni mahal. Bila sekali hias, kita nak buat sekali lagi sebiji sebijon tu dah tak serupa. Idea tu datang sekali je. Sama juga la kerja seni lain termasuk menjahit. Nak kerah idea dari otak tu bukan senang. Waima jahit baju kurung biasa pon kena kira-kira setiap sudut. Bukan pakai zas gunting.

Kalau dah suka tu kena hargai setiap nilai sentuhan. Nampak saja biasa-biasa, tapi bila ada kisah di sebalik sepasu bunga orkid ni kena la rajin jaga. Pandang boleh, sentuh jangan!





-nazira's cottage rose garden-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..