Pages

5 Disember 2010

Ayam masak halia


biasa kalau rasa nak makan yang sedap, kita masak sikit je.. makan pulak waktu betul2 lapar..hehe benda sikit, makan waktu paling lapar, sah-sah sangat sedap. aku masak lauk dengan halia banyak-banyak ni memang dah jadi kegemaran. boleh keluarkan angin. masa anak dara, tak de la angin sangat. badan pun ringan lagi maklum la berat pun 49kg jek. sekarang dah beranak pinak ni..semua urat masuk angin...badan pun rasa berat semacam plus lemak tepu tu.. halia memang boleh keluarkan angin dalam badan.. LOL


Resepi Ayam masak halia

ayam dipotong kecil
1inci halia racik halus
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar di mayang
1 biji cili merah+cili hijau
daun bawang
2 sudu tepung jagung + sikit air
1 sudu lada hitam
garam
sikit air
minyak utk menumis.

cara masak:

1. tumis bawang kecil, halia dan bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan ayam dan renih sekejap
3. masukkan sikit air dan masak hingga ayam empuk
4. masukkan bawang besar,lada hitam & cili merah+cili hijau, tambah sikit air lg jika air nak kering
5. Agak ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang telah dikacau dgn sedikit air utk pekatkan kuah.
6. taburkan daun bawang dan boleh hidang.

makan panas2 sedap.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..