Pages

3 April 2013

Ayam Phat Phet

Hari ni rajin update menu.... not bad rasanya... hihi
Bahan A (Blend)
5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Bahan B
3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto
Cara-cara
Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..