13 April 2011

Nasi Ayam Bakar


Hari ni masak kelainan sikit. Bagi orang macam aku, masak nasi ayam ni 'special' la juga.. mood baik boleh la masak sedap. Tapi tengok juga selera deme, kekadang ada gak yang deme tak berapa nak makan.. buat penat je karang tung tang tung tang sensorang di dapur ye dak?!

Kejap je proses masak nasi ayam ni. Rebus-rebus..kemudian keluarkan ayam dari sup, ambil sikit rebusan sup tu, tuang dlm beras yang di basuh. Nak wangi letak sikit daun pandan (kebetulan daun pandan baru beli di Tesco). Sementara nak tunggu nasi masak, ayam tu panggang je dalam oven. Sup tu boleh la di letak garam perasanya..

Nak tunggu ayam garing cantik dalam oven, potong-potong cepat sayur apa yang ada dalam peti. Blender cepat sosnya.. 1 - 1 1/2 jam dah siap.. anak aku dah tunggu balik sekolah nak makan nasi. Habis makan, aku suruh tidur... petang ni nak pergi mengaji pulak.


Resepi Nasi Ayam Bakar ( koleksi Chef Hanieliza)
*aku masak untuk 3 orang makan je ni.. agak2 la bahan tu ye..*

BAHAN:-

3 ketul bahagian peha ayam.

*4 biji bawang merah-racik halus
*4 ulas bawang putih-racik halus
*halia- racik halus
*buah pelaga 2 biji
*bunga lawang 2 biji
*bunga cengkih 4 biji
Minyak utk menumis

Air secukupnya
1 kiub ayam
garam & bhn perasa

2 cupak beras di basuh dan di tos (aku x ada beras basmathi..guna beras biasa je..)
1 helai daun pandan ikat simpul


CARA:-
  1. Tumiskan dulu semua bahan ** sampai naik harum
  2. masukkan air secukupnya dan masukkan peha ayam tadi
  3. rebus hingga agak masak ayam tersebut dan masukkan garam secukup rasa
  4. keluarkan ayam, ceduk air rebusan tadi masuk ke dalam periuk nasi berisi beras tadi. Agak2 la ye mcm nak masak nasi biasa tu.
  5. Aku masukkan secubit garam dlm periuk nasi tu sebelum masak mcm biasa
  6. Rasakan semula sup tadi...kalau ok boleh padam api.
  7. Ayam tu, aku gaul dgn garam, sedikit serbuk kunyit dan sos tiram
  8. kita BAKOOORRR dlm oven sehingga garing/perang
  9. Dah siap, boleh la hidang..
makan panas-panas wallawehh!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..