12 April 2011

Masak Tumis Udang Petai


Panas lagi ni.. dah posing dalam pinggan ^^,
Petang ni merangkap dinner kami makan sambal tumis udang petai lah. Dah lama tak makan ni... makan dengan nasi panas-panas..mesti bertambah.


Resepi Tumis Udang Petai

100g udang saiz besar
petai seadanya
4 sudu besar cili kisar
1 sudu pes asam jawa
4 biji bawang merah di tumbuk
3 biji bawang putih di tumbuk
sedikit belacan
sedikit gula merah
sedikit garam
sedikit perasa

air secukupnya
minyak utk menumis


CARA:
  1. tumis bawang merah, bawang putih dan cili hingga naik bau
  2. masukkan gula merah dan belacan
  3. masukkan sedikit air
  4. masukkan udang dan petai
  5. bila kuah dah agak pekat, masukkan garam & bahan perasa
  6. tutup api.

1 ulasan:

  1. alahai...sedapnya...telan air liur sy dibuatnya... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    PART TIME PAPARAZZI

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..