5 Ogos 2010

Nasi Lemak


Hari ini (5 Ogos 2010) hari terakhir aku berpuasa ganti. Semalam aku masak nasi lemak. Resepi kali ini meniru dari blog Mat Gebu.

Masaknya pun simple aje. Senang sangat, main campak je dalam rice cooker. Siap!!


BAHAN UNTUK NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit, dan toskan
6 cawan santan
1 batang serai, dititik
2 helai daun panda, disimpul
2 ulas bawang putih, diketuk
1 1/2 inci halia, dititik
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis (sy buat sambal tumis bilis + kiub bilis utk lagi sedap)
Timun, dihiris
Telur, rebus
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam rice cooker, satukan semua bahan untuk nasi lemak kecuali garam, kacau rata dan tambah garam sedikit (anggaran 1/2 camca teh). Kacau rata dan masak seperti biasa, bila nasi betul tanak2, karih nasi tadi, gunakan chopstick dan balik kan 2 - 3 kali sahaja untuk mengelakkan beras patah2.
  2. Hidang kan nasi lemak tadi bersama bahan sampingan. Yang ni optional, kalau nak tambah lauk lagi pun ok, macam ayam goreng atau ikan goreng...Selamat mencuba..

2 ulasan:

  1. Sedapnya nasi lemak, gambar nasi lemak Fizan, heish tak menahan menengoknya.. :)

    BalasPadam
  2. Ayza, terima kasih... kali pertama saya masak menjadi..hehe jarang sy buat ns lemak ni sebab dulu anak2 kecil lg dorang tak kuat makan..skrg dah boleh makan, tu yg buat.. di Turkey mesti makanan sedap2 kan..

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..