10 Ogos 2010

Kerabu Kacang Botol Thai Style


Petang semalam aku cuba buat kerabu kacang botol versi Thailand... risau juga tak sedap... pertama kali buat. Rupa-rupanya sedap.. pedas, manis, masam secukup rasa pada tekak aku. Ingatkan aku seorang je makan, rupanya En Daddy pun habiskan sama... so, mmg sedap la tu kut... ;)


Resepi Kerabu Kacang Botol Versi Thailand

Bahan:
Kacang botol bersihkan, potong halus2
Santan pekat secukupnya
Udang celurkan
gula secukupnya
perahan limau nipis 2 biji
sos ikan



Bahan tumbuk sehingga lumat:
Serai
Sedikit Lengkuas
3 biji cili kering rendam dulu
Bawang merah
Bawang putih
Lada hitam
Bunga cengkih
Buah pelaga
Belacan
sedikit garam


**Bahan tumbuk ni kena tumis hingga bau harum, ketepikan.


Cara:

Panaskan sekejap santan pekat. Ketepikan.

Gaulkan bahan tumis (tumbuk lumat) bersama kacang botol, udang. Masukkan garam,gula,sos ikan,perahan limau dan akhir sekali masukkan santan pekat...

Gaul sebati, rasakan.... dah cukup enak, hidangkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..