28 Mac 2011

Kerbu Pelam Muda


Sekarang musim pelam di sini (yg aku nampak le area Kota Bharu ^^).

petang tadi tup tap nampak setangkai pelam muda kat tempat kaki dalam kereta en.suami.. aduh, terlioq dan dan tu gak!

sempat la juga pergi pasar Wakaf Bharu membeli sayur dengan ikan.. dah petang, apa je pun yang tinggal...huhu asal ada udah le.. pergi Tesco tak ada sayur apa pun yang menyelerakan.. tinggal kotak kosong je.. aisey... sesekali pergi pasar, dapat juga sayur hijau..

petang ni kami merasalah kerabu pelam... syahdunye!!

----

Resepi Kerabu Pelam Muda
**cara aku la ye **

4 biji Pelam muda di racik2 halus
6 ulas bawang merah mayang halus
5-10 biji (ikut la nk pedas mana..) racik halus
1 biji cili merah racik halus
sehelai daun sup potong halus
2 sudu besar gula *rasakan, kalau kurang manis tak balance dgn masam pelam tu taruh lagi
3 sudu besar sos ikan

Semua di atas gaulkan sekali..

Siap!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..