Pages

1 Disember 2013

Kerabu Pegaga


Pegaga ni asalnya aku kutip di rumah mak aku di Perak. Pegaga apa ek korang panggil. Sebabdaun dia bulat dan besar aku pun memandai panggil dia pegaga gajah. Rasa dia manis manis lemak... aku tanam dalam pasu je..



Kkerabu as usual memang taste aku laki bimi lah.. ini cara aku buat... rasanya memang sedap sangat!! Perhatian resepi adalah main agak agak ye... tak de sukatan tetap...

KERABU PEGAGA

seikat pegaga racik halus
Bawang kecik tumbuk lumat
Udang kering tumbuk lumat
Cili padi tumbuk lumat
Bawang besar mayang halus
Cili merah mayang halus
Kelapa parut sangai dan tumbuk kasar
Gula
Perahan air limau
Sedikit sos ikan

Cara:
Semua bahan gaul sebati.. rasakan masam manis.. kalau ok boleh dah makan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..