27 November 2013

Tom Yam Koong (tom yam merah)



Tom Yam adalah kegemaran kami sekeluarga.. lagi lagi anak sulung aku.... jadi ini resepi yang aku biasa buat... boleh makan dengan mee..megi..kue tiaw juga...

Bahan ni semua agak2 ye.. sebab sy pun tak pakai sukatan yang betui..semua agak2 je ikut citarasa..

Bahan:
Lengkuas
Serai
Daun limau purut
Daun ketumbar
Cili padi

2-3 biji kiub tomyam
1 kiub ikan bilis
1 kiub sup tulang

Optional bahan..
*udang
*daging
*ayam
*sotong

*putik jagung
*lobak merah
*cendawan

Batang saderi
Bawang besar belah kasar
Tomato belah 4

Perisa:
Sos ikan
Perahan limau
Gula
☆☆saya x guna garam dah..aji pun dh lama diharamkan!!

Cara:
Rebus air Bersama lengkuas..cili padi yang diketuk..serai dan daun limau purut. Masukkan juga semua kiub.

Dh mendidih boleh masukkan ayam or daging yang take time nk masak tu.. dh mendidih masukkan semua sayur Kecuali tomato dan bawang besar.

Bila sayur agak layu boleh masukkan udang/sotong dan tomato serta bwg besar.

Kemudian perisakan dgn sos ikan..air perahan limau dan sedikit gula.. rasakan. Dh ok boleh tabur hirisan daun ketumbar.

Nak SEDAP lagi boleh tambah sangan/susu segar dlm kuah..mmg mantappp!!!

Tutup api.



1 ulasan:

  1. adoi..sedapnya..leleh air liur..dah lama x makan tom yam

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..