22 November 2013

Kari Sardin





BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (sebarang jenama), ambik isinya dan 3 camca besar sos
2 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap satu, rendam
1 biji tomato, belah 6 (mat guna 10 biji tomato ceri)
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
Air secukupnya
2 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah Baba's)
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1 camca teh halba campur
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 1/2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah rempah kari + bahan kisar halus tadi. Terus menumis hingga rempah garing, gunakan api sederhana.
Masukkan kentang (toskan), gaul rata dan tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih hingga kentang 3/4 empuk. Masukkan ikan sardine dan sosnya, asam gelugor dan kacau perlahan2. Biar mendidih sekejap.
Tuang santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Bila mendidih, tambah cili merah/hijau belah dan tomato. Masak hingga kentang empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..