21 September 2008

Tart Nenas Gulung

Minggu lepas aku buat tart nenas kegemaran aku... satu adunan dapat hampir 150pcs..nampaknya memang tidak cukup...aku buat dua adunan. Dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 t.hari membuatnya.
Jem nenas aku buat sendiri dengan sebiji nenas besar (tak ingat berapa berat) tapi harga sebiji lebih kurang RM5.00++.




Tart Nenas

Bahan:

250 g mentega (aku guna planta memang superb!)

50g gula icing

1 biji kuning telur

375g tepung gandum

10g tepung jagung

1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanilla pukul lagi.. adunkan tepung gandum dan tepung jagung sehingga mendapat doh yang lembut.

Bakar pada suhu 180C selama 20-25minit.

*sebenarnya, hari ni dah buat 3 adunan..Si Aleeya gemar sungguh...setiap hari mesti minta punya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..