Pages

19 Oktober 2008

Laksam Terengganu

Setelah hampir 2 tahun tidak membuat laksam, hari ini terdetik hati nak membuatnya. Sebenarnya teringin tu dah lama (bukan mengidam ye..), hari tu cari di gerai tak ada pula penjual laksam.So nekad membuatnya sementelah tepung beras dah beli. Resepi di perolehi semasa giat aktif di forum cari lagi. Tak ingat siapa yg memberinya...rasa kak noormasri agaknya (rindu betul pada beliau, di manakah agaknya sekarang? Last dulu dia di oversea...)



Resepi Laksam Terengganu

i)Laksam

4 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
-semua bahan ni campurkan dan kacau sehingga sebati.

ii)Kuah
Ikan direbus (sama seperti rebus ikan buat laksa),ambil isinya dan blender
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam
Gula merah
Garam

- semua bahan kuah ini blender dan campurkan sekali ke dlm periuk, di rebus sehingga masak. Rasakan garamnya...

iii) Bahan Ulam
Timun
Daum kesum
Kacang panjang
Taugeh
Bunga kantan

-semua bahan ulam di racik2 halus.


Cara membuat Laksam:
Panaskan pengukus dan dulang/tudung periuk yang telah dilanser minyak masak. Tuangkan paras rata adunan tepung dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Ia akan masak bila kita tengok dah menggelembung gitu.

Keluarkan dan sejukkan sebelum digulung supaya gulungan cantik.

Ulangi langkah sama sehingga habis semua.

Utk resepi di atas, saya dapat dalam 6 gulungan saja. Boleh utk 2 orang makan sekali saja.Kalau ramai buat la 2,3 kali adunan tu..hehe



Sambal (ni penting tau..tak de sambal, tak menjadi la laksam korang..)

Lada merah/cabai merah + sikit belacan + sikit garam--> tumbuk/blend
+perah sikit air limau kasturi



-->Adunan akan pekat macam ini...


->Adunan yang telah masak.Sejukkan


Laksam yang dah masak di gulung macam ini. Hehe ada yg tidak cantik tu sebab aku dah gulung masa panas2 tu....pan ada 1 je, nak cepat habiskan..

Siap dah potong2 masuk dlm mangkuk


Tada!!! Siap utk di makan....





Asben puji sedap...kembang hidung akak!!! keh keh keh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..