17 November 2008

Laksa Thailand (minggu lepas punya)





Resepi kuah:

Ikan kembung - rebus dan ambil isinya
Santan pekat - sebiji kelapa

Bahan kisar lain:
Bawang besar
Bawang putih
Halia 1 inci
lengkuas 1 inci
Lada merah 2,3 biji (nak pedas taruk byk)
1 sudu lada hitam
sedikit udang kering
1inci kunyit hidup
2 batang serai

Cara masak:
Masukkan semua bahan kisar + ikan + santan dlm periuk. Tambah air sikit. Masak hingga pekat (air tu surut sikit).Tambah garam secukupnya.


Bahan Ulam:
- Daun salam *penting ni....
- timun
- kacang panjang
- tauge

*kalau nak pedas lagi, goreng la lada kering tu tanpa minyak...bila dah masak, makan bersama ulam..pergh!! sedap!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..