Pages

28 Februari 2009

Kek Kukus Lembab/Choc.Moist Cake


Kek ini adalah kek yang paling kami sekeluarga gemari. Mana tidaknya, sejak saya dapat resepi ini pada tahun 2006, rasanya ia lah paling sedap, paling moist dan paling mudah membuatnya. Tak percaya? Sila cuba!! Saya ucapkan terima kasih kepada penyumbang asal resepi iaitu Zaima.

Kek ni saya buat petang semalam juga...terlebih rajin suda...hehe...sekejap je membikinnya, mulai pukul 3.45 petang, siap bertopping kek saya ni dlm pukul 5.00 petang gitu...siap masak untuk dinner lagik...kalau tak ada org mengacau di dapur, mmg sekejap aje buat kerja...

Bagi mereka yang tiada oven, kek ini mmg khusus untuk di kukus! Kukus dalam masa sejam saja....lepas tu terus makan pun boleh!! memang sedap lah!!

Kek Coklat Kukus Zaima (Moist)

Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair *saya gantikan dengan 100g susu segar
1 cawan minyak masak *saya guna 1 cawan butter yg di cairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

Cara:
Campurkan serbuk koko, susu segar/susu cair, gula, susu pekat dan butter dalam periuk dan masak sebentar sehingga semua bahan tadi cair.Tutup api. Biarkan adunan suam.

Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.

Pukul telur hingga kembang, kemudian masukkan adunan koko tadi. Gaul rata. Sedikit demi sedikit masukkan tepung hingga habis.

Gaul sebati dan tuangkan ke dalam loyang. Jangan sampai penuh, nanti adunan akan naik. Masukkan dalam separuh loyang. Tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam bekas loyang.

Kukus dalam masa sejam. Lepas tu anda boleh cek dengan cucuk lidi atau cake tester ke dalam loyang.Jika tiada adunan melekat, itu tandanya telah masak.



Jika anda hendak meletakkan topping coklat di atas kek, di atas adalah teknik 'double boiler' kaedah untuk mencairkan coklat masakan.

Selamat mencuba!!

2 ulasan:

  1. saya telah mencubanya...
    thanks 4 da resipi..
    ;)

    BalasPadam
  2. Salam..kalau guna loyang bulat yg berlubang kat tengah tu boleh tak(loyang yg org biasa buat chiffon kek tuh)

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..