4 Mac 2009

Muffin Coklat Chips dan Cream Cheese

Salam di hari Rabu, 4 March 2009.


Niat di hati dari petang semalam lagi hendak membuat muffin untuk anak-anak....tapi petang semalam hari hujan..gelap gelita keadaannya...jadi saya lengahkan masa lagi....Malam tadi godek blog mencari resepi kalau boleh dalam sukatan cawan memandangkan penimbang saya jatuh dari almari dan jarumnya sudah gelong....penimbang pula jenis murah RM9.90 je beli di Pantai Timur 2 tahun dulu...sudah saya buang pun!. Jadi sementara tunggu penimbang digital baru sampai, kena la mencari resepi dlm sukatan cawan.

Actually kak Zurita dah bagi resepi muffin dia dlm sukatan cawan malam tadi...tapi, hat teringin bebeno nak buat muffin daripada resepi yang biasa saya buat dulu *juga masa group Perak gethering di Taiping tu.... tup tap, terjumpa petua sukatan dari Kak Hasmah yang menyatakan

1 cawan tepung = 140g

wah!! seronoknya...jadi saya guna saja resepi lama...untuk resepi kak zu, saya akan guna lain masa....

Tengah tong tang tong tang di dapur, tetiba blackout lagi.............sampai pukul 4.00 pagi baru ada letrik..........sabar je lah!!

Jadi ini lah hasilnya, baru je siap di bakar....dapat 20 biji satu adunan....mesti habis sehari je nih.....


Muffin Coklat Chips dan Cream Cheese

Resepi:
140g tepung gandum
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
100g majerin suhu bilik
80ml susu segar
90g gula kastor
40g serbuk coklat
coklat cip-lagi banyak lagi sedap


Cara:
1-Tepung gandum,serbuk penaik dan serbuk coklat di ayak.
2-Majerin & gula pukul sehingga sebati, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sampai gebu.
3- masukkan susu berselang seli dengan tepung sehingga habis.
4- masukkan coklat cips dan gaul adunan sampai sebati
5-Boleh panaskan oven 180C selama 10 minit
6-masukkan bahan adunan dlm cup/cawan separuh saja..*buat lubang sikit je di tengah adunan dan letak cream cheese sikit....
6-Bakar selama 25minit @ sampai masak...

*****
Bahan untuk Cream Cheese:
100g cream cheese
40g plain yoguart
30g gula halus


Cara:
Panaskan cream cheese, yoguart dan gula hingga cair dan tidak berketul2...tutup api dan sejukkan.


selamat mencuba! Rasanya mmg sedap sangat!!!


2 ulasan:

  1. haha utk budak2 kak ita..ayah dorang tak de..kang lapor pulak...

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..