30 Mei 2009

Potatoes Bun



Dah lama nak membuat roti kentang ni..biasa beli aje di Tesco tu kan...so malam tadi jalan-jalan blog kak mida, nampak ada resepi Potato Bread. Sebelum itu saya dah tengok juga di blog kak inahar....memandangkan resepi asal adalah dari orang yang sama, tanpa berlengah terus saya mencubanya malam tadi sempena menghabiskan stok tepung yang ada....ngam ngam aje tepung tu weih...hehe seb baik.....apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Ros Ongiri sudi berkongsi resepi ini.


RESEPI ROTI KENTANG a.k.a Potatoes Bun

Resepi Asal - Ros Ongiri

Bahan untuk Roti

250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung1 biji telur (dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis (1 sudu kecil)
sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.



bahan untuk kastard

2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)

1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selaluklu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.

Caranya.( roti)

1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.


Feluk Shiom..

post signature



Tiada apa yang dipinta, hanya secebis komen ikhlas saja.



2 ulasan:

  1. wahhh...makin menyelerakan gitew

    BalasPadam
  2. ok tak roti ari tu? makan habis tak? huhu potatoes ni sedap juge...tang kastad tu tak tahannye...anak aku ratah sebelum sempat di letak atasnya.. ;D

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..