27 Oktober 2009

Pizza Ayam & Sosej


Menu malam ni kami makan pizza ayam bersama sosej. Kali ini saya masak 'topping' pizza ni campuran ayam dan sosej...bagi lebih sedap lagi... Lega bila cuba 200g tepug, dapat saiz sederhana..maka, dapat la habiskan cepat...esok boleh buat lain pulak. Saya suka makan panas-panas dan fresh..kalau dah simpan seharian rasa macam tak bape nak sedap pula... Mozarella tu saya letak semua...tak letak separuh nanti tersimpan lama, berkulat pulak... tadi, bila potong, wahh bertali-tali pizza tu...baru la anak-anak berselera makan.... Izzaty dan Aleeya dapat habiskan sepotong pizza. Macam biasa si Zulaika ni macam payah benor nak makan..kena paksa baru le nak makan...asik ingatkan gamenya yang ditinggalkan di atas tu je.....

Petua nak dapatkan base yang lembut adalah dengan campurkan sedikit minyak masak. Korang cuba le kalau tak caye.


Resepi Base Pizza.

200g tepung gandum
1 sk yis
125 ml air
1 sk gula
1 sk garam
1 sb majerin
sedikti minyak masak


*semua bahan campak aje dlm BM....tunggu la dia uli sendiri dan perap...bila dah naik, just uli sikit, bentukkan bulat. Rehatkan 15 minit...taruk topping...bakar 20 minit...
Feluk Shiom..

post signature



Tiada apa yang dipinta, hanya secebis komen ikhlas saja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..