4 Mei 2010

Laksa Thailand Kuah Merah


Wah... melaksa Thailand u ols... semalam nak buat, tp tak jumpa la cili boh a.k.a cili giling. Kali ni aku buat versi merah... kalau biasa dulu aku buat kaler kuning kan..macam kuah lemak cili api...tapi hat ni lain sket..

Rasanya hampir sama je dgn yang kuning tu...tp hat ni lagi sedap kut... :) Ya, sedaplah bagi sang penggemar laksa begini....


Resepi Laksa Thailand Kuah Merah:

Bahang giling/tumbuk lumat (semua korang agak2 eh...)
1- bawang merah
2- bawang putih
3- lengkuas
4- 1 batang serai
6- cili kering (aku guna 3 sudu cili boh)
*bahan atas ni tumbuk sampai lumat


Kuah:
1- santan
2- air secukupnya
3- garam


Mee/Ulam
1- laksa halus (*nak guna wantan mee pun boleh)
2- lobak merah
3- taugeh
4- kobis
5- kacang panjang


CARA:
masukkan bahan tumbuk beserta santan ke dlm periuk. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam, air rasakan.....jika kurang masin tambah sikit. Nak sedap taruk gula sket...

Bila dah masak, tutup dan tuang di atas laksa halus yang dihiasi dgn ulaman....


:)



Coretan,Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..