Pages

5 Mei 2010

Phad Prik Sea Food Pes Pedas


Hua hua hua....memang pedas betul kali ni bila petang tadi aku masak Phad Prik Seafood ...berkuap kuap mulut di buatnya... pijar bibir. Adunan lengkuas, bawang putih, bawang merah, lada hitam serta cili kering mmg betul-betul buat perut rasa nak terbakar... Lain kali akan dikurangkan kuantitinya lah.....


Phad Prik Sea Food Pes Pedas
*bahan sila anggarkan...

1- bawang putih
2- bawang merah
3- beberapa tangkai cili kering (rendam dulu)
4- lengkuas
5- sebatang serai potong halus2
6- sedikit lada hitam
7- sedikit belacan
*bahan atas ni tumbuk sampai lumat.

Bahan gorengan
1- sotong
2- udang
3- lobak merah
4- kacang panjang
5- kobis bunga
6- garam


Cara:
Goreng bahan tumbuk sampai naik bau. Masukkan garam dan rasakan... kemudian masukkan bahan gorengan dan goreng hingga layu. Siap dihidangkan.



Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..